Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu--suatu Pengajaran


Assalamu'alaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. Kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu.


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.

  • Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

  • Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Monday, April 18, 2011

Senarai Makanan dan Hikmahnya

Senarai makanan dan hikmahnya dalam Islam


ROTI (KHUBZ)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".


JINTAN MANIS (ANISUN)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Sunday, March 20, 2011

Doa Mohon Ketetapan Hati

“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan karuniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkaulah Maha pemberi (kurnia)”. (Ali Imran (3) : ayat 8)