Monday, March 28, 2011

Padamkan API yang Kamu Nyalakan Itu

Bermain-main dengan dosa maknanya kita sudah mula bermain-main dengan api.

Dalam kata-kata yang lain, kelekaan membuat dosa akhirnya akan membuatkan si pelakunya dicampak ke dalam API NERAKA yang menyala-nyala.

Selalu sangat sewaktu kanak-kanak dulu kita dingatkan “jangan bermain api! kecil menjadi kawan, besar ia bertukar menjadi lawan.”

Friday, March 25, 2011

Dongeng Tok Penghulu Yang Ingin Maju

Maka riuhlah cerita dari tok penghulu, bahawa jika makan gandum maka kita akan jadi lebih pandai. Pandai seperti orang di kampung seberang jauh sana yang telah makan gandum sejak dari tahun yang sudah lama, tidak ingat sejak bila.

Diseru semua orang kampung,
"Mesti tanam gandum! Kita akan jadi lebih maju, anak cucu kita akan jadi pandai! Mari ikut resam orang di kampung seberang jauh yang sudah semakin jauh majunya meninggalkan kita, sebab mereka tanam gandum dan makan gandum. Sebab itu mereka bijak dan berdaya saing."

Lalu segeralah dimusnahkan relung sawah padi semua untuk menjadikan ladang gandum. Ada juga ditanam soya, jagung dan apa-apa sahaja tanaman yang pernah ditanam oleh orang kampung seberang jauh. Kerana menurut tok penghulu itulah penyebabnya mereka jadi bijak dan lebih maju. Lalu musnahlah semua ladang sawah dan gembiralah tok penghulu kerana buah fikirnya yang bijak diterimapakai oleh semua. Ada yang gembira kerana dapat memakan gandum dan lalu menjadilah mereka seperti orang kampung seberang jauh, yang pada mereka kelihatan lebih maju. Tetapi lebih ramai pula yang tidak suka, mereka tidak dapat menerima gandum sebagai makanan baru kerana sudah terlalu terbiasa dengan beras.

Thursday, March 24, 2011

Misteri Penciptaan Adam a.s (Mysteri of Adam a.s Creation)


Bekas tapak kaki Nabi Adam a.s di Sri Langka

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan khalifah di muka bumi. Maka malaikat berkata: Adakah Engkau akan menciptakan manusia yang akan berbuat kerosakan dan saling menumpahkan darah di muka bumi? Sedangkan kami sentiasa mensucikan Engkau dengan memuji Engkau dan juga selalu mensucikan Engkau. Maka Tuhan berkata: Sesungguhnya aku lebih mengetahui semua yang tidak kalian ketahui. " (Al-Baqarah. 30 )

Sunday, March 20, 2011

Doa Mohon Ketetapan Hati

“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan karuniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkaulah Maha pemberi (kurnia)”. (Ali Imran (3) : ayat 8)

Monday, March 14, 2011

Kasih IBU - Haddad Alwi feat. Farhan



Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
lyricsalls.blogspot.com
Pengorbananmu sungguh sangat berarti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Sunday, March 13, 2011

Sebuah Sekolah di Mauritania

Saya ada seorang teman yang bekerja sebagai seorang guru di pendalaman sabah. Beliau kerap bercerita lepas pukul 2 elektrik tak ada. Kalau nak mandi kena tungu tangki air dipenuhi air hujan. Ini semuanya berlaku di Pegalungan Sabah. Bagi aku cerita dia ini dah dikira sadis. Sebagai orang bandar aku tak boleh survive tanpa bekalan eletrik dan bekalan air. Gila tabah cikgu kita seorang ni

Tapi seteruk-teruk keadaan sekolah di pendalaman at least tak sesadis seperti sekolah di Mauritania. Dibawah ialah sebuah sekolah di negara Afrika Utara ini. Sekolah yang sudah wujud lebih kurang 20 tahun langsung tak ada dinding!

Gurunya pula dah uzur dan ada yang kurang upaya. Walaupun sekolah ini dhaif gila babi si guru tak kenal lelah. Segala perbelanjaan sekolah ditanggung sendiri oleh beliau. Tabah sial. Gambar dibawah ialah ekslusif dari kawan aku yang sekarang bekerja di Mauritania bersama syarikat Petronas. Gambar diambil semasa mereka memberikan bantuan berupa makanan dan kewangan kepada sekolah yang diusahakan wanita tua muslim ini.

Makanan Terakhir Banduan Kamar Akhir

Last Suppers

A series of photographs documenting former Death Row prisoners' requests for their last meal before execution.

Bila seorang banduan bakal dijatuhi hukuman mati, beliau diberi satu permintaan akhir untuk meminta apa yang ingin dinikmatinya sebagai santapan terakhir. Ada yang meminta ayam goreng dan ada juga yang meminta hanya sekotak rokok Pall Mall. Cara mereka menikmati saat akhir dibumi sebelum bertemu ilahi sangat menginsafkan. Berikut adalah set gambar yang diambil oleh James Reynolds, seorang pereka grafik yang berasal dari England. Set gambar yang diberi nama The Last Suppers ini mendokumentasikan 8 makanan terakhir seorang banduan bilik akhir di England.