Saturday, July 23, 2011

Kita Bertanya?? Al-Quran Menjawab..


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Tuesday, July 12, 2011

Bolehkah Kafir Harbi Masuk Masjid?

Soalan:
Apakah hukumnya kaum kafir harbi fi’lân (orang kafir yang diperangi) memasuki masjid? Bagaimanakah dengan hujah yang menyatakan bahawa Nabi pernah mengikat Tsumamah (seorang kafir musyrik) di Masjid Nabawi? Dari sudut yang lain pula, para Khalifah pada zaman sesudah Nabi SAW melarang orang kafir daripada memasuki masjid. Jadi bagaimanakah untuk meletakkan kedudukan mereka dalam hal ini?

Jawapan:
Sebelum membahas tentang hukum kafir harbi fi’lan memasuki masjid, akan dijelaskan terlebih dahulu pandangan para fuqaha' tentang hukum orang kafir memasuki masjid secara umum. Dalam hal ini, terdapat empat pendapat daripada empat mazhab:

Pendapat pertama: Orang kafir boleh memasuki masjid, termasuk Masjidil Haram di Mekah. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi. Hujah mereka adalah Nabi SAW pernah menerima delegasi Tsaqif di masjid Baginda, sedangkan mereka ketika itu masih kafir. Hujah lain adalah kenajisan diri mereka sesungguhnya bukanlah najis dari segi fizikal, tetapi ia terletak pada iktiqad (keyakinan) mereka, maka ia tidak akan mempengaruhi dari segi mencemarkan atau mengotorkan masjid. Allah SWT berfirman:

Aku Islam, Anak Muridku Bagaimana??

anakkubagaimana.jpg

KISAH SELUAR

“Eh, Mid. Seluar engkau tu tak sesuai. Warnanya tak masuk dengan warna baju engkau. Tukarlah seluar lain. Pakai yang gelap sedikit”, Edi menunding jari ke arah Hamid yang wajahnya masam mencuka.

“Mid, engkau nak keluar macam tu? Tak malu ke? Orang zaman sekarang ni sudah tidak pakai seluar begitu. Carilah yang up-to-date sikit”, Zamri pula mencelah, turut sama memberi komen kepada Hamid yang baru sahaja menukar seluarnya.

“La Ilaha Illallah. Itukah seluar terbaik engkau? Malu aku nak berjalan dengan kamu, Mid. Seluar macam itu, orang sekarang buat kain pengelap lantai sahaja, kau tahu tak?”, kata Azlan yang tidak berpuas hati dengan penampilan rakan serumahnya, Hamid.

Pipi Hamid sudah merah. Wajahnya sudah masam mencuka. Rupanya seperti bom yang mahu meletup. Pakai yang ini salah, pakai yang itu salah, habis yang mana satu?

“Yelah yelah, susah sangat, aku keluar rumah bertelanjang lagi senang”, akhirnya Hamid keluar dari biliknya bertelanjang. Ia menjadi insiden yang amat mengaibkan. Tidak tergamak untuk ditulis di sini.

Saturday, July 2, 2011

Bahaya Menabur Fitnah


KHEU Brunei Darussalam

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal Alamin.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Di antara nikmat yang utama yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada hambanya ialah lidah. Lidah mempunyai kebaikan dan manfaat yang amat banyak, bagi mereka yang menjaga dan menggunakannya ke arah tujuan yang sebenar seperti berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala, membaca Al-Quran, berdakwah menyeru manusia ke arah mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memberi nasihat serta teguran yang berguna kepada sesama manusia. Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.

Saturday, June 18, 2011

Hadis Rasulullah Perihal Memanah


Bersabda Rasulullah S.A.W.
"Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah? "

Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: "Aku adalah seorang pemanah." Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya."

Friday, June 17, 2011

Bila anak memberontak


Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

IBU BAPA perlu konsisten dalam membentuk tabiat dan tingkah laku anak-anak.


KITA sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini.

Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa.

Thursday, June 16, 2011

Istinjak, Samak dan Sertu


ISTINJAK

1. Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.


2. Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).