Friday, May 29, 2009

Ibnu Eshak

"Bukanlah tinggal tetap itu rehat bagi orang yang berakal dan berbudi, Maka tinggalkanlah kampong halamanmu dan pergilah mengembara, Merantaulah pasti kau akan temui penganti mereka yang kau tinggalkan, dan berusaha keraslah sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada dalam usaha yang bersungguh-sungguh, Sesungguhnya aku melihat air menjadi cemar kerana tidak mengalir.. andai ia mengalir pasti elok keadaannya.. dan andai ia bertakung nescaya cemar jadinya.. "
Syair Imam Syafie..
Inilah mulanya penceritaan pengembaraan yang pernah aku lalui.. nantikan kemunculannya..

Nur Kasih


Malam tadi ada cerita baru aku tengok kt TV3.. Nur Kasih mengisi hiburan malam minggu ku.. Ape yang buat aku tertarik dalam cerita ni bukan sahaja kerana pengisian keilmuan Islamnya sahaja tetapi yang paling aku minat ialah teknik pengambarannya.. untuk episod pertama ni memang jalan ceritanya agak ada kekurangan. Namun teknik pengambaran dan pesona paparannya menambat hatiku.. susah nak diceriterakan jadi Jumaat akan datang saksikanlah di TV3 jam 9.00 malam..

Saturday, May 23, 2009

Johan Memasak dan Gubahan

Sape kata dalam kesibukan lelaki bekerjaya tiada masa untuk menjalankan aktiviti . Ini lah hasil bakat terpendam. Kami telah berjaya mengalahkan wanita dalam pertandingan masakan dan gubahan.. Alhamdulillah..

Aduh malu gak sebenornya.. ada ke kami mengalahkan otai-otai.. dah la kami je lelaki yg lain semua pompuan.. peh.. malu bila tau kami menang.. namun terselit rasa bangga kerana tiada batasan untuk kita semua dalam kehidupan.

SEMUA BOLEH BERJAYA.. Yang penting RAJIN + USAHA, DOA DAN TAWAKAL.. Berhati-hati ye kepada semua wanita.. hehe..

Mebesar sebagai johan
Masak jemput-jemput yang dalam kepanasan.. huhu.. Aszhar yang busy pn sanggup membantu.. THANKS..
Johan lagi..
Gubahan dinasor (merak sebenornya).. kalu buat hantaran kawen blh lari mak mentua.. tapi dapat johan gak nak buat cmne.. rezeki.. hehe.. Kam coti pn dtg.. THANKS..

Wednesday, April 29, 2009

MUET.. Adakah sijil penting untuk aku?? meka silap

Pada hari Sabtu (25 April 2009) yang lepas aku ambil peperiksaan MUET.. sebenornya kalu nak masuk U amik ijazah skrg mmg kena amik MUET. Tp zaman aku belajor dulu x wajib.. aku dah ada degree pn.. skrg tgh buat Sarjana.. MUET bukan wajib bagi aku..

Bila diceritera kepada kawan2 meka akan tanya:
"Aik baru sekarang amik MUET" or
"MUET ni kali keberapa?" or lagi sengal
"Ko amik MUET ni ada ape2 kelebihan ke??""
Haha.. aku senyum je..

Tapi aku lebih minat pada soalan::
"Kenapa ko amik MUET"

Sebenornya aku amik MUET bukan kerana sijil atau pangkat.. tapi aku ni tak pandai sangat English jadi MUET aku jadikan sebagai wadah untuk aku uji kebolehan English aku.. tu sebenornya..

Em berbalik pada Sabtu (25 April 2009) aku amik MUET bersama-sama pelajar-pelajar aku.. Haha.. memang glamor habis la.. aku disapa ke mana sahaja aku pergi.. masuk dewan exam je meka lambai.. huhu..

Waluapepun yang terjadi aku dengan penuh semanggat menduduki ujian MUET.. tapi yang nak cerita kat sini.. ujian tu memang susah.. Huhu.. antara sebabnya aku memang tak study.. haha..

Ni baru permulaan.. InsyaAllah aku akan amik lagi nanti sampai aku dapat band 5.. doakanlah aku..

Thursday, April 23, 2009

TAHNIAH Syafiq..

Pagi ni semasa aku sedang berkemas ke tempat kerja tiba-tiba hphone bernada.. Mungkin ada rakan sekerja yang datang lambat dan minta aku punch kan dia.. (biasa la tu.. hehe..) atau mungkin ada hal penting yang perlu aku dihubungi.. kebetulan ada 2 miss call malam tadi.. aku pun tanpa berlengah membenarkan pangilan dibuat..

Pemanggil : Hello.. Assalamu`alaikum cikgu
Prof MadER : A`laikummussalam.. sape tu??
Pemanggil : Saya la Syafiq
Prof MadER : Oo.. Syafiq Mustafa..
Pemanggil : Ye cikgu, ape kkabar??
Prof MadER : Alhamdulillah.. Syafiq ape kahabar?? ape cerita sekarang??
Pemanggil : Alhamdulillah.. cikgu saya nak beritahu sekarang saya dah masuk kor (unit) medical dalam tentera. macam yang saya bagi tau cikgu dulu. Alhamdulillah.. saya dapat masuk.
Prof MadER : Alhamdulillah.. rezeki Syafiq.. dah dapat tu buat kerja elok..
(seterusnya perbualan berlangsung dengan rancaknya) hingga..
Pemanggil : Oklah cikgu nanti kita sambung lagi.. ni kena baris pagi (askar punya kerja..)
Prof MadER : Baiklah jaga diri bebaik..

Gembira aku dapat berita seperti ini.. Tanpa kusedar aku terlewat ke tempat kerja.. tak pe lah yang penting Allah memberikan berita gembira di pagi ini.. tiada apa yang dapat ku ucapkan selain syukur.. moga kita semua tabah dan berjaya dalam ape jua yang kita buat..

Doakan Iqa

Malam tadi akak aku bagitau anak buah aku masuk wad hospital.. sebab kahak banyak dalam paru-paru.. aku harap Iqa akan sembuh dan sihat seperti biasa.. Sabtu ni aku nak g KL tengok dia..

Sunday, April 19, 2009

Salam Perkenalan

Assalamu`alaikum..
Di sini aku mula melibatkan diri dalam penulisan blog..
Moga Allah menunjukkan jalan yang lurus dan merahmati kita semua..
Amin..