Friday, July 30, 2010

Cuci kencing cara betul


Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.
Jangan kencing berdiri!

Jangan kencing berdiri!

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.

Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.

Thursday, July 29, 2010

Salahlaku pelajar salah siapa??

PELAJAR dalam alam remaja sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman dan desakan yang mengganggu ketenteraman emosi dan interaksi sosial, kecelaruan idea dan pegangan hidup.

Fenomena ini mengwujudkan masalah dalam jiwa remaja apabila berlakunya kematian orang yang disayangi, mengidap penyakit serius, ibu bapa bertukar pekerjaan, peperiksaan, konflik antara ibu bapa, kurang kasih sayang keluarga dan tiada sokongan keluarga dan sosial.

Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu (1993) dalam laporannya telah menyenaraikan tiga faktor diri pelajar yang menyebabkan wujudnya kes pelanggaran disiplin. Faktor tersebut termasuk sikap negatif terhadap pelajaran seperti tidak berminat dan mudah jemu; tiada dorongan motivasi akibat kurang kemahiran asas belajar dan lebih mementingkan hiburan serta gangguan kesihatan diri.

Sehubungan itu pelajar yang bermasalah ialah pelajar yang tiada kawalan diri, kurang mengerjakan kerja sekolah dan latihan di rumah, kurang patuh kepada arahan guru, kurang berminat untuk belajar, kurang hormat guru, suka mengganggu pelajar lain dan suka membuat bising.

Golongan remaja juga boleh menghadapi masalah kesihatan mental dan lazimnya bertingkah laku agresif termasuk kedegilan, keresahan, tingkah laku bermasalah, penyalahgunaan bahan-bahan terlarang, kemurungan, penderaan dan tingkah laku seksual dan kehamilan remaja luar nikah.

Justeru pelajar yang melanggar disiplin sebenarnya tidak memahami peranan dan tugas mereka sebagai pelajar. Mereka tidak menyedari bahawa tindakan sedemikian mendatangkan kemudaratan.

Pelajar terbawa-bawa dengan perasaan dan hilang kawalan diri dan mudah terpengaruh dengan anasir luar.Selain itu pelajar terdedah kepada kehidupan yang bersifat hedonistik atau bersifat mementingkan keseronokan, salah memilih rakan sebaya dan pelajar mengalami masalah penyesuaian atau masalah peribadi.

Namun demikian apa yang membimbangkan ialah kesalahan disiplin termasuk penyalahgunaan dadah, telah menular dari peringkat sekolah randah lagi. Ini terbukti apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (2009) melaporkan bahawa walaupun peningkatan sekolah rendah hanya daripada 0.78 peratus kepada 0.79 peratus namun pihak kementerian tetap menganggapnya sebagai serius.

Pada keseluruhannya menurut beliau lagi isu yang melibatkan disiplin berada dalam situasi terkawal walaupun ia membabitkan kes berat seperti pukul buli, gaduh dan ponteng tegar. Statistik tahun 2009 KPM menunjukkan terdapat 3.2 juta murid sekolah rendah dan 2.2 juta pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Walau bagimanapun jumlah aduan disiplin murid diterima bagi tempoh januari hingga ogos tahun 2009 ialah 65 kes tetapi menurun 31 kes berbanding 96 kes bagi tempoh sama tahun 2008 (Utusan Malaysia, 01 Oktober 2009) .

lmpak daripada perangkaan inilah yang perlu ditangani oleh seorang kaunselor atau pegawai psikologi yang terlatih. Pengetua atau Guru Besar selaku pemimpin sekolah sewajarnya memantau dari semasa ke semasa prosedur pelaksanaan sesi kaunseling dan program di sekolah.

Apatah lagi kini wujud kaunselor atau pegawai psikologi sepenuh masa di sekolah.Yang penting, sesi kaunseling di sekolah tidak mengganggu waktu pengajaran-pembelajaran formal di bilik darjah.

Kendatipun pelajar lelaki lebih cenderung merokok, menghisap ganja, menghidu gam, menghidu petrol, minum minuman keras, menonton atau menyimpan bahan lucah dan berjudi namun pelajar perempuan pula lebih cenderung terlibat dengan rokok, bahan lucah dan bercinta.

Oleh itu peranan guru kaunseling dan guru disiplin mengenal pasti masalah awal salah laku yang sering dilakukan pelajar amat dialu-alukan; mencegah lebih baik daripada mengubati. Mereka berperanan membantu pelajar mengurangkan dan seterusnya meninggalkan salah laku tersebut.

Sokongan dan dokongan ibu bapa dan setiap ahli komuniti di luar sekolah banyak membantu mencegah salah laku pelajar agar tidak berterusan menjadi barah dalam masyarakat.

Justeru banyak kajian mendapati punca pelajar terlibat dalam salah laku kerana mereka tidak dapat memahami pengajaran guru bagi sesetengah mata pelajaran yang diajar.

Kesulitan yang dialami ini menyebabkan mereka tidak berminat menumpukan perhatian dan berkecenderungan ponteng kelas atau sekolah.

Ekoran daripada itu pelajar salah laku ini, tidak berminat dengan satu-satu mata pelajaran dan tidak menyukai guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

Berdasarkan beberapa kajian yang penulis temui mendapati bahawa jikalau pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan maka masalah disiplin tidak akan timbul. Ini disebabkan faktor minat kepada subjek pelajaran dan personaliti si pengajar/guru.

Selain itu ada kajian juga menunjukkan salah satu punca pelajar tidak minat belajar ialah kerana mereka tidak berminat dengan beberapa mata pelajaran yang diajar, tidak membuat tugasan sekolah dan tidak mengulang kaji pelajaran.

Dengan itu mereka tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru; sebaliknya mereka sering mengganggu pembelajaran- pengajaran dalam kelas.

Sebagaimana sedia maklum terdapat banyak masalah yang timbul dalam kehidupan seharian pelajar.Di peringkat awal, pelajar mula menghadapi konflik dengan keluarga dan rakan sebaya terutama yang melibatkan aspek halangan komunikasi, kebejatan sosial dan silang budaya.

Mereka tidak dapat meluahkan perasaan mereka kerana tidak ada siapa yang boleh dipercayai . Senario ini menyebabkan wujudnya tekanan perasaan dan konflik dalam diri. Situasi demikian disebabkan pelajar tersebut memerlukan orang tengah yang berperanan mendidik; berbeza dari guru kelas atau guru subjek.

Mereka memerlukan rakan ‘dewasa’ yang mempunyai hubungan dan struktur kognitif berbeza daripada seorang guru dan boleh meluahkan perasaan serta rahsia hati tanpa curiga dan berasa gentar.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah serta maklumat berhubung dengan salah laku pelajar dan sikap atau persepsi pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan tersebut.

Kesimpulannya penulis berkeyakinan bahawa untuk melahirkan pelajar yang

bermoral bukanlah mudah.Pembentukan pelajar dipenuhi beberapa faktor yang bertali- temali. Jika gagal salah satu faktor ini maka kecewalah sistem pendidikan kebangsaan.

0leh itu kaedah pengajaran dalam bilik darjah yang membentuk lima faktor yang saling kait mengait iaitu: rakan sebaya, pengaruh kurikulum dalam sistem pendidikan, kaedah pengajaran yang diterima daripada guru, pengaruh keluarga dan pengaruh persekitaran khususnya media massa, sewajarnya dipraktiskan oleh guru dengan berhemah lagi bijaksana.

Pendekatan kasih sayang yang luhur murni tanpa pilih kasih dan tidak prejudis banyak membantu guru menjayakan proses pengajaran-pembelajaran. Tegasnya, bahaya besar akan menimpa masyarakat jika dibiarkan permasalahan salah laku pelajar berterusan.

Dan sudah sewajarnya kerajaan menekankan betapa perlunya pendidikan agama dan moral serta aspek kebahasaan dan komunikasi di sekolah-sekolah diberikan keutamaan dan penilaian kembali. lni selaras dengan hasrat kerajaan menerapkan nilai-nilai Islam dan semangat patriotisme satu Malaysia dalam pentadbiran negara.

Sumber : Cina Islam

Hukum Meninta-minta



Firman Allah s.w.t:

"Dialah yang menjadikan bumi dipermudahkan untuk kamu.
Berjalanlah di celah2 muka bumi dan makanlah dari rezki" (15: al-Mulk)

Ini suruhan tuhan supaya kita mencari rezki di muka buminya.Islam melarang daripada meminta2 bagi orang yang kaya atau sihat. Nabi s.a.w bersabda:"Tidak halal sedekah bagi orang yang kaya dan orang yang sempurna kekuatannya." (Hr Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:
"Orang yang meminta2 tanpa keperluan adalah seumpama orang yang mengutip bara api" (Hr Baihaqi dan Ibnu khuzaimah)

Nabi s.a.w bersabda lagi:
"Seseorang yang sentiasa meminta2 sehingga dia berjumpa tuhan dalam keadaan tidak ada seketul daging pun di mukanya."
(Hr Bukhari dan Muslim)

Kemulian pada berkerja dan kehinaan pada meminta2.

Nabi s.a.w bersabda:
"Seseorang yang mengambil tali, membawa kayu api di belakangnya dan menjualnya yang menyebabkan Allah memelihara air mukanya lebih baik dari meminta2 manusia. Samaada mereka memberinya atau tidak." (Hr Bukhari dan Muslim)

Kelebihan berkerja sebagai petani

"Setiap orang Islam yang bercucuk tanam, lalu burung memakan tanamannya atau manusia itu maka ia dianggap sedekah."
(Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menanam pokok, sabar memeliharanya dan menjaganya sehinggalah berbuah, maka setiap musibah ygmenimpa buah tersebut adalah dianggap sedekah disisi Allah." (Hr Ahmad)

kelebihan Perniagaan

"Peniaga yang amanah dan bercakap benar bersama dgn para Nabi, siddiqin dan syuhada pada hari kiamat" (Hr Hakim dan at-Tirmizi)

Dilarang menjual benda yang diharamkan untuk dimakan, minum atau digunakan seperti babi, arak, dadah, patung dan lain2.

Begitu juga jika perniagan yang ada ribanya. Nabi s.a.w bersabda:
"Satu dirham yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahui lebih dahsyat dari 36 perbuatan berzina."
(Hr Ahmad)

Berkerja makan gaji

Berkerja makan gaji dgn kerajaan atau syarikat swasta adalah satu amanah. Ia adalah tidak digalakkan melainkanorang yang benar2 boleh menggalas amanah tersebut. Nabi s.a.w bersabda:
"Celaka bagi orang2 yang memegang amanah." (Hr Ibnu Hibban)

lebih2 lagi yang berkait dengan amanah dgn kerajaan kerana ia melibatkan amanah rakyat sekaliannya.

Abu Zar berkata: "Ya Rasulullah kenapa engkau tidak melantikku untuk menjawat jawatan kerajaan?" Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hai Abu Zar sesungguhnya engkau ni lemah. Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah, sesunguhnya ia membawa kepada penghinaan dan penyesalan pada hari kiamat melainkan orang yang memegangnya dgn melaksanakan haknya dan menunaikan kewajipannya."
(Hr Muslim)

Membela Binatang ternakan

Ia adalah perkerjaan para Nabi termasuklah Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bersabda:
"Setiap Nabi yg diutuskan Allah akan mengembala kambing." Para sahabat bertanya: "Adakah engkau juga Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:

"Ya, aku mengembala kambing2 penduduk mekkah di celah2 gunung Mekkah."(Hr Bukhari)berkerjalah untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah. Utamakan amal akhirat anda kerna itulah yg alan kekal ganjarannya. Dunia akan musnah dan akhirat kekal selamanya.

Nabi s.a.w bersabda:
"Manusia sentiasa berkata "Hartaku oh hartaku" Sedangkan harta hanya apa yg dia makan maka ia akan musnah, apa yang dia pakai maka akan hancur dan apa yang dia sedekahkan atau digunakan utuk amal akhirat maka itulah yang kekal."
(Hr MUslim)

Sumber : Cina Islam

Tuesday, July 27, 2010

Jambatan Air Atas Sungai..




The Germans took over a century to build this water bridge. The 918-metre Magdeburg Water Bridge, is a navigable aqueduct water bridge in Germany, completed in October 2003. It bridges the River Elbe to connect two important German shipping canals; the
Elbe-Havel Canal and the Midland Canal.

Plans for joining the two canals had been conceived as far back as 1919, and construction on such a project began during the 1930s,but first World War II and then the post-war division of Germany put the project on hold until after German reunification was achieved in the 1990s
The bridge site is open to visitors and includes a parking lot, bicycle and pedestrian paths and informational signs detailing the history and construction of the bridge. The bridge itself is located outside of Hohenwarthe near the city of Magdeburg and is known locally as the Wasserstrassenkreuz Magdeburg

Sahkan Imam dan makmum sebegini?

1. Imam budak kecil yang mumayiz

Apabila budak kecil itu sudah pandai berfikir dan dia cukup syarat sah solat maka sah solatnya. Sah dia menjadi imam kepada lelaki dan perempuan yang baligh. Harus juga dia menjadi imam solat jumaat sekiranya makmumnya cukup 40 orang tidak termasuk dia.

Ini berdasarkan hadis dari sahabat Nabi s.a.w Amru bin Salamah r.a. Beliau berkata:"Aku menjadi imam di zaman Rasulullah s.a.w ketika aku masih berumur tujuh tahun."
(HR Bukhari dan Muslim)

Ini kerana beliau paling elok bacaannya dikalangan kaumnya. Nabi s.a.w bersabda:

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله
Maksudnya: "Imam kepada satu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya."
(HR Muslim)

2. Imam yang solat duduk, solat baring atau solat dgn isyarat harus bagi orang yang solat berdiri untuk bermakmumkan orang yang sembahyang duduk. Ini berdasarkan hadis rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya Nabi s.a.w sembahyang duduk ketika baginda sakit yang membawa kepada kewafatannya. Abu Bakar dan sahabat lainya menjadi makmum dalam keadaan berdiri di belakangnya."
(HR Bukhari dan Muslim)

Seperti mana diharuskan imam yang duduk ini, diharuskan juga imam yang baring dan memberi isyarat.

3. Imam yang bertayammum, Imam yang menyapu atas khuf (kasut menutup buku lali) dan imam yang mempunyai keuzuran.

Harus ketiga jenis diatas untuk menjadi imam. Harus orang yang bertayammum menjadi imam kepada yang tak bertayammum atau bertayammum selagi solat imam tidak perlu diulang. Ini kerana sebahagian orang yg bertayammum perlu mengulang balik solatnya seperti yang bertayammum kerana ketiadaan air di tempat yang biasa ada air.

Maksud imam yang mempunyai keuzuran seperti perempuan yang istihadah, kencing tak berhenti dan lain-lain. Dia boleh jadi imam kepada orang yang tidak mempunyai uzur tersebut.

4. Imam yang solat sunat dan solat qada

Imam yg solat sunat boleh diikuti oleh makmum yang solat wajib dan sebaliknya. Imam yang solat qada boleh diikuti makmum yang solat tunai (dalam waktu) dan sebaliknya. Imam yang solat fardu zuhur boleh diikuti makmum yang solat subuh dan sebaliknya.

Tidak sah berlainan solat imam dan makmum yang berlainan caranya seperti solat jenazah (tidak ada sujud dan ruku') dan solat gerhana (ada dua ruku' dan qiam dalam satu rakaat) berimamkan solat biasa dan sebaliknya.

Dalilnya adalah: Jabir bin Abdullah r.a telah meriwayatkan hadis:

"Sesungguhnya Muaz r.a. solat Isya bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian dia pulang menemui kaumnya dan mengimami solat isya mereka."
(Hr Bukhari dan Muslim).
Solat isya pertama Muaz adalah yang fardu dan yang kedua adalah sunat.

Seorang lelaki datang ke masjid untuk solat. Sesampai dia ke masjid Nabi dan para sahabat r.a telah selesai sembahyang fardu. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

"Siapa yang hendak sedekah kepada orang ini (dengan solat berjemaah dengannya)?" Maka bangun seorang lelaki solat berjemaah dengannya."
(HR Abu Daud)

Orang yang lambat datang adalah solat fardu dan yang menyahut seruan Nabi s.a.w itu solat sunat.

5. Orang yang jamak dan qasar berimamkan orang yang tidak jamak dan qasar.

Orang yang solat jamak sahaja tanpa qasar boleh menjadi imam kepada orang yang tidak jamak dan sebaliknya. Manakala orang yang qasar tidak boleh menjadi makmum kepada imam yang tak qasar walaupun sebentar (sekadar tahiyat akhir). Adapun sebaliknya dibenarkan.

Dalilnya adalah seperti berikut:

Ibnu Abbas r.a ditanya "Kenapa orang musafir sembahyang dua rakaat (qasar) ketika solat sendiri dan solat sempurna (4 rakaat) ketika jadi makmum dengan orang yang solat sempurna." Ibnu Abbas menjawab: "Itulah Sunnah".
(HR Ahmad)

6. Imam Yang fasik

Sah berimamkan orang yang fasik tetapi makruh. Dalam hadis menyebut: "Sembahyanglah kamu dibelakang orang baik atau yang fasik."
(HR Baihaqi)

7. Imam yang dibenci

Makruh berimamkan orang dibenci oleh kebanyakan makmumnya. Dalilnya sabda Nabi s.aw:

"Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka : (salah satunya) seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu."
(HR Ibnu Majah - hasan)

Semua ini adalah dalam mazhab Syafie.

Sumber : Cina Islam

Islam menggalakkan penganutnya berkerja dan mengharamkan meminta-minta tanpa sebab syarie

Firman Allah s.w.t:

"Dialah yang menjadikan bumi dipermudahkan untuk kamu. Berjalanlah di celah-celah muka bumi dan makanlah dari rezki"
(15: al-Mulk)

Ini suruhan tuhan supaya kita mencari rezki di muka buminya.Islam melarang daripada meminta-minta bagi orang yang kaya atau sihat. Nabi s.a.w bersabda: "Tidak halal sedekah bagi orang yang kaya dan orang yang sempurna kekuatannya."
(HR Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:
"Orang yang meminta-minta tanpa keperluan adalah seumpama orang yang mengutip bara api"
(HR Baihaqi dan Ibnu khuzaimah)

Nabi s.a.w bersabda lagi:
"Seseorang yang sentiasa meminta2 sehingga dia berjumpa tuhan dalam keadaan tidak ada seketul daging pun di mukanya."
(Hr Bukhari dan Muslim)

Kemulian pada berkerja dan kehinaan pada meminta-minta.

Nabi s.a.w bersabda:
"Seseorang yang mengambil tali, membawa kayu api di belakangnya dan menjualnya yang menyebabkan Allah memelihara air mukanya lebih baik dari meminta-minta manusia. Sama ada mereka memberinya atau tidak."
(HR Bukhari dan Muslim)

Kelebihan berkerja sebagai petani

"Setiap orang Islam yang bercucuk tanam, lalu burung memakan tanamannya atau manusia itu maka ia dianggap sedekah."
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menanam pokok, sabar memeliharanya dan menjaganya sehinggalah berbuah, maka setiap musibah yang menimpa buah tersebut adalah dianggap sedekah di sisi Allah."
(HR Ahmad)

kelebihan Perniagaan

"Peniaga yang amanah dan bercakap benar bersama dengan para Nabi, siddiqin dan syuhada pada hari kiamat"
(HR Hakim dan at-Tirmizi)

Dilarang menjual benda yang diharamkan untuk dimakan, minum atau digunakan seperti babi, arak, dadah, patung dan lain-lain.

Begitu juga jika perniagan yang ada ribanya. Nabi s.a.w bersabda:
"Satu dirham yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahui lebih dahsyat dari 36 perbuatan berzina."
(HR Ahmad)

Berkerja makan gaji

Berkerja makan gaji dengan kerajaan atau syarikat swasta adalah satu amanah. Ia adalah tidak digalakkan melainkan orang yang benar-benar boleh menggalas amanah tersebut. Nabi s.a.w bersabda: "Celaka bagi orang-orang yang memegang amanah."
(HR Ibnu Hibban)

lebih-lebih lagi yang berkait dengan amanah dgn kerajaan kerana ia melibatkan amanah rakyat sekaliannya.

Abu Zar berkata: "Ya Rasulullah kenapa engkau tidak melantikku untuk menjawat jawatan kerajaan?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Hai Abu Zar sesungguhnya engkau ni lemah. Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah, sesunguhnya ia membawa kepada penghinaan dan penyesalan pada hari kiamat melainkan orang yang memegangnya dgn melaksanakan haknya dan menunaikan kewajipannya."
(HR Muslim)

Membela Binatang ternakan

Ia adalah perkerjaan para Nabi termasuklah Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bersabda:
"Setiap Nabi yang diutuskan Allah akan mengembala kambing." Para sahabat bertanya: "Adakah engkau juga Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:
"Ya, aku mengembala kambing-kambing penduduk Mekah di celah-celah gunung Mekah."
(HR Bukhari)

Berkerjalah untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah. Utamakan amal akhirat anda kerana itulah yg alan kekal ganjarannya. Dunia akan musnah dan akhirat kekal selamanya.

Nabi s.a.w bersabda:
"Manusia sentiasa berkata "Hartaku oh hartaku" Sedangkan harta hanya apa yang dia makan maka ia akan musnah, apa yang dia pakai maka akan hancur dan apa yang dia sedekahkan atau digunakan utuk amal akhirat maka itulah yang kekal."
(Hr MUslim)

Sumber : Cina Islam

Monday, July 19, 2010

Apa dan kenapa Wahabi


Terlalu ramai pembaca yang bertanyakan kepada saya, wahabi itu apa? kenapa wahabi ini sesat, saya lihat mereka cuba untuk menjaga ketulenan agama, kenapa mereka digelar sebegitu?, dan banyak lagi. Untuk menjawab persoalan ini, saya suka untuk menjemput para pembaca membaca tulisan ini dalam keadaan tenang dan ikhlas. Ini bagi memastikan kita boleh menilai sesuatu konflik itu dengan nilaian ilmiah dan dengan niat ingin mencari kebenaran.


Sudah hampir 4 tahun laporan muka utama sebuah akhbar perdana tempatan yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh seorang ustaz, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang boleh dikatakan tepat:

* Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.

* Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Apa Dan Kenapa Wahabi?

Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..

Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?


Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.

* Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”

Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.

* Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan
mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

Siapa Yang Sebenarnya Salah?

Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.

Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.

Sunday, July 11, 2010

Syair Imam Syafie

Berikut adalah syair imam syafie menggambarkan betapa cintanya kepada keluarga nabi Muhammad SAW:

"Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidhah (pengikut syiah), maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah (pengikut syiah)"
(Diwan Imam al-Syafi, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hal 89, lihat juga pada halaman 75,106,126)

Aku adalah Syiah dalam agamaku,
Aku berasal dari Makkah,
Dan rumahku di Asqaliyah,
(Fakhruddin ar-Razi, Manaqib al-Imam asy-Syafi’I, Cairo, 1930, hal. 149)


Di sini, saya ingin berkongsi apa yang diperkatakan oleh Imam Shafie r.a. mengenai keluarga Rasulullah s.a.w., ada yang dalam bentuk bait-bait syair. Yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Muhammad Afif Az-Za'by dan dicetak oleh Penerbit Al-Bayan, Bandung, Indonesia. - Syed Imran bin Syed Ahmad

(1) Cinta kepada Ali, Kedua Puteranya, dan Fatimah

Di tengah kumpulan orang banyak,
Sering kusebut nama Ali bin Abi Talib, kedua puteranya, dan Fatimah yang suci.
Lalu banyak orang mengatakan bahawa hal itu berlebihan.
Selain itu, ucapan tersebut dianggap keluar dari mulut rafidhi.
Aku berlepas diri kepada Allah dari orang-orang yang memberikan penilaian seperti itu.
Mereka mengecap seseorang sebagai rafidhi hanya kerana mencintai Fatimah.

(2) Cintailah Keluarga Nabi dan Khalifah yang Lurus
Jika kita menghormati Ali,
maka kita dianggap rafidhah oleh orang-orang bodoh.
Dan jika kusebut kelebihan Abu Bakar,
maka aku disebut sebagai nashibi.
Aku ingin selalu menyandang gelar rafidhi dan nashibi kerana aku mencintai mereka sepanjang nyawaku bersatu dengan raga.

(3) Mencintai Keluarga Nabi
Wahai musafir,
berhentilah di Mina.
Berteriaklah engkau di tempat yang paling tinggi pada pagi hari ketika jamaah haji membanjiri Mina bagai ombak Sungai Eufrat tatkala banjir.
Jika mencintai keluarga Muhammad digolongkan sebagai rafidhi,
maka hendaklah Al-Quran dan hadis menyaksikanku bahawa aku termasuk golongan rafidhi.

(4) Mencintai Keluarga Rasulullah adalah Wajib
Wahai Keluarga Rasul!
Mencintai kalian wajib hukumnya menurut Al-Quran.
Kami bangga dengan kalian.
Orang yang tidak membaca shalawat untuk kalian, tidak akan mendapat rahmat.


Ketergila-gilaan Imam Syafie terhadap Ahlul Bait telah menjerumuskan sekelompok orang ke dalam lubang penyesatan. Tanpa perasaan sedikit pun, kelompok itu menyesatkan (menuduh sesat) Imam Syafie dan menggolongkannya dalam kelompok Rafidhah (Syiah). Sekali lagi, Imam Syafie terlanjur gila kepada Ahlul Bait. Ia hanya merespon mereka dengan sahutan halus namun begitu kencang: “Bila cinta Ahlul Bait dinilai Rafidhah, maka bersaksilah hai segenap manusia dan jin, bahwa aku bersedia dikatakan Rafidhah!”. Ia tak peduli nama ataupun panggilan, karena ia sebatas ingin bercinta dan bercinta.


Di waktu lain, Imam Syafie masih saja dianggap berlebihan mencintai Ahlul Bait. Ia dituduh melakukan sekaligus meneladankan bid’ah. Namun lagi-lagi, ia terlanjur jatuh dan terjatuh, jatuh cinta kepada Ahlul Bait. Imam Syafie justeru membalas: “Bila cinta Ahlul Bait dinilai bid’ah, maka cukuplah bid’ah itu sebagai bekalku seumur hidup!”. Di waktu lain pun ia masih bertahan dan bersaksi: “Bila cinta Ahlul Bait dinilai dosa, maka aku tidak akan pernah bertaubat dari dosa itu!”. Sampai membuatkan kita terhairan-hairan. Ada apa dengan cinta Ahlul Bait?!


Tanda tanya itupun terjawab oleh imam yang sama, imam yang semakin tergila-gila oleh keluarga Baginda. Imam Syafie dengan hati melayang, melantunkan pernyataan sekaligus seruannya: “Hai Ahlul Bait, mencintaimu adalah kewajiban umat. Itulah ketetapan Allah dalam al-QuranNya. Cukuplah sebagai tanda keagunganmu; tidak akan pernah diterima solat seseorang yang enggan berselawat kepadamu!”.


Terlepas dari identiti dan biografi Imam Syafie yang sudah tidak asing lagi di hati, Ahlul Bait adalah perahu keselamatan umat. Cinta Ahlul Bait adalah agama Islam sepenuhnya. Cinta Ahlul Bait adalah kunci rahmah dan barakah Allah. Cinta Ahlul Bait adalah segala-galanya! Al-Quran dan as-Sunnah pun telah dipenuhi pelbagai himbauan dan seruan kepada cinta Ahlul Bait, tiada lain karena cinta Ahlul Bait mengandung rahsia dan satu-satunya khasiat yang luar biasa, namun hanya sanggup dirasa oleh sang pecandunya; pecandu yang kenal siapa Ahlul Bait sebenarnya, pecandu yang cintanya natural tanpa direkayasa, pecandu yang membuktikan cintanya dengan ketaatan yang nyata, pecandu yang mengekspresikan cintanya dengan segala macam cara, pecandu yang beraqidah benar dan tidak melampaui batas-batasnya.

Sumber : pondok habib, asyaaf

Saturday, July 10, 2010

Syiah atau Sunnah mana pilihan anda?

video

Hadis-hadis Musykil Tentang Akhir Zaman

Umat Islam akan berpecah menjadi 73 kumpulan.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

"Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah." [1]

Kemusykilan:

Apakah maksud sebenar hadis ini ? Ia seolah-olah meramalkan bahawa banyak umat Islam yang akhirnya akan masuk neraka. Bagaimanakah kita hendak meletakkan diri kita dalam kumpulan al-Jamaah ?

Penjelasannya:

Hadis ini adalah antara yang paling disalah-fahami dan disalah-gunakan. Dengan hadis ini ramai pihak yang memisahkan dirinya daripada kesatuan umat atas alasan kononnya Rasulullah telah meramalkannya. Dan banyak kumpulan yang membenarkan kumpulan sendiri sebagai hanya yang satu-satunya layak masuk syurga manakala lain-lain kumpulan semuanya akan masuk neraka.

Sementara itu sebahagian lain pula menolak hadis ini kerana bagi mereka adalah mustahil kebanyakan umat Islam akan masuk neraka. Telah sabit dalam pelbagai hadis yang sahih bahawa umat Islam, yakni mereka yang mengucap dua kalimah syahadah akan masuk syurga secara pasti. Mereka mungkin akan masuk ke neraka untuk sementara waktu bergantung kepada dosa-dosa besar yang dilakukan masing-masing tetapi akhirnya akan tetap masuk ke syurga.

Oleh itu apakah maksud hadis di atas ? Marilah kita mengkaji maksud kalimahnya satu persatu.

Sabda baginda: … dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan)… bukanlah merupakan satu ramalan yang menetapkan tetapi adalah satu peringatan kepada apa yang mungkin akan terjadi.

Jumlah 73 yang baginda sebut mengisyaratkan kepada jumlah yang banyak sebagaimana kebiasaan penggunaan angka 7 atau 70 oleh masyarakat Arab untuk mengisyaratkan sesuatu yang besar jumlahnya. Ini seperti yang telah diterangkan ketika menjelaskan hadis orang kafir ada tujuh usus. Angka 2 dan 3 bagi jumlah 72 dan 73 pula mengisyaratkan bahawa umat Islam berkemungkinan akan berpecah menjadi kumpulan-kumpulan yang lebih banyak jumlahnya daripada perpecahan Ahli Kitab.

Daripada kumpulan-kumpulan ini hanya al-Jamaah yang akan masuk syurga. Apa dan siapakah al-Jamaah ?

Dari sudut bahasa al-Jamaah adalah persatuan di mana lawannya adalah perpecahan. Dari sudut istilah, al-Jamaah adalah persatuan umat Islam di atas kebenaran dan usaha mereka untuk menjauhkan perpecahan, pengasingan dan pemulauan sesama umat sama ada dalam bentuk yang kecil atau besar.

Justeru Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan hadis di atas dalam rangka memberi amaran keras kepada umatnya untuk tidak berpecah-belah menjadi kumpulan dan kelompok yang saling berselisih antara satu sama lain. Hendaklah umat Islam semuanya bersatu sebagai satu jamaah.

Amaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis ini adalah selari dengan ayat al-Qur’an berikut ini:

Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)” [Hud 11:118-119]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan tabiat manusia yang suka berpecah-belah dan ini termasuklah umat Islam sendiri. Semuanya akan memenuhi neraka kecuali mereka yang bersatu atas kebenaran, iaitu jamaah umat Islam.

Dalam sebuah ayat lain Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik - Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). [al-Rum 30:31-32]

Dalam ayat di atas Allah Tabaraka wa Ta‘ala menerangkan sifat orang-orang musyrik yang memecah-belahkan agama mereka, masing-masing bergembira dengan pecahan masing-masing. Maka hendaklah orang-orang yang mentauhidkan Allah, yakni umat Islam bertindak berbalik daripada tindakan orang-orang musyrik tersebut, iaitu hendaklah umat Islam bersatu dalam satu jamaah dan mengelakkan perpecahan.

Sikap berjamaah yang menjauhi perpecahan juga sangat ditekankan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis-hadis baginda. Antaranya:

Sesungguhnya orang yang memisahkan dirinya daripada jamaah sekalipun dengan jarak sehasta lalu dia mati, maka matinya adalah dalam keadaan jahiliyah.[2]

Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka: (1) seseorang yang memisahkan dirinya dari jamaah dan menderhakai imamnya dan mati dalam keadaan menderhaka, (2) Seorang budak perempuan atau budak lelaki yang melarikan diri dari tuannya lalu dia (budak tersebut) mati dan (3) seorang isteri yang suaminya pergi lalu ditinggalkan bekalan (nafkah) duniawi yang mencukupi namun kemudian dia (si-isteri) mengkhianati (suaminya).[3]

Sabda Rasulullah: Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka bermaksud tiga orang yang akan menghadapi kemusnahan di Hari Akhirat nanti.[4]

Berjamaah adalah rahmat dan berpecah adalah azab.[5]

Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpun umatku (atau umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam) atas kesesatan. Dan tangan Allah atas al-Jamaah dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka.[6]

Wahai manusia, berjamaahlah kalian dan janganlah kalian berpecah-belah. Sesiapa yang hendak tempat di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia selalu berjamaah.[7]

Akan datang sesudah aku orang-orang yang berbuat fitnah, keburukan dan kejahatan. Maka sesiapa kamu yang melihatnya memecah-belahkan al-Jamaah atau hendak memecah-belahkan antara umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam atau memecah-belahkan urusan mereka, maka bunuhlah dia siapapun orangnya.

Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jamaah dan sesungguhnya Syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jamaah.[8]

Demikian beberapa hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang memerintah umat untuk berjamaah dan ancaman keras bagi mereka yang memecah-belahkan jamaah atau mengasingkan diri darinya.

Timbul persoalan seterusnya, bagaimanakah seharusnya kita umat Islam hidup berjamaah ?

Sepertimana yang telah diterangkan, dari sudut bahasa al-Jamaah adalah persatuan di mana lawannya adalah perpecahan. Dari sudut istilah, al-Jamaah adalah persatuan umat Islam di atas kebenaran dan usaha mereka untuk menjauhkan perpecahan, pengasingan dan pemulauan sesama umat sama ada dalam bentuk yang kecil atau besar. Untuk memperincikan konsep al-Jamaah memerlukan sebuah buku yang berasingan kerana ini adalah satu subjek yang luas dan penting. Justeru berikut ini hanya digariskan perkara-perkara penting tentang konsep berjamaah dalam Islam:

Pertama:

Berjamaah adalah atas kebenaran iaitu umat Islam bersatu atas kebenaran yang berasal dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak boleh bersatu di atas sesuatu yang batil atau terkeluar dari batas-batas Islam. Ini adalah dasar pertama yang terpenting sehingga Abdullah ibnu Mas‘ud radiallahu ‘anhu pernah berkata: al-Jamaah adalah apa yang menepati kebenaran sekalipun engkau bersendirian.[9]

Namun perlu diingatkan bahawa kebenaran itu sendiri adalah sesuatu yang sangat luas, justeru hendaklah ia ditentukan oleh seseorang mujtahid atau sekumpulan ilmuan yang jujur dan adil. Jika didapati seseorang atau sesebuah kumpulan itu jelas menyalahi kebenaran, maka tidak perlu berjamaah dengannya seperti orang yang menyindir Rasulullah atau kumpulan tariqat yang meletakkan syari‘at Islam di tangga kedua selepas shaikh mereka.

Kedua:

Berjamaah adalah kepada satu pemimpin yakni seorang khalifah Islam. Dalam suasana tidak ada khalifah pada masa kini, berjamaah adalah kepada pimpinan al-Qur’an dan al-Sunnah dan para ahlinya. Dalam ertikata lain, para ilmuan Islam yang berdiri di atas al-Qur’an dan al-Sunnah bertindak sebagai pemimpin umat Islam masa kini sehinggalah lahir sistem khalifah yang berwibawa.

Ketiga:

Berjamaah bukanlah bererti persatuan pendapat tetapi adalah toleran terhadap beberapa pendapat yang sedia ada. Sebahagian ahli hikmah berkata: Yang dibolehkan adalah perbezaan pendapat sementara yang dilarang adalah perpecahan umat. Namun perlu diingatkan bahawa sikap toleran hanyalah terhadap beberapa pendapat dan bukannya semua pendapat kerana pendapat yang batil wajib ditolak atau diperbetulkan.

Keempat:

Berjamaah bukanlah bererti tidak boleh wujud beberapa kumpulan atau gerakan tetapi berjamaah adalah bekerjasama sesama kumpulan dan gerakan. Dalam hal ini bersambung kata-kata para ahli hikmah: Bersatu dalam perkara yang kita sepakati, berdiam diri dalam perkara yang kita selisihi.

Kelima:

Berjamaah adalah saling menghormati antara satu sama lain. Namun di waktu yang sama gerakan dakwah dan ‘amar ma‘aruf nahi mungkar wajib berjalan sesama ahli termasuk pemimpinnya supaya kebenaran sentiasa berada bersama jamaah. Seandainya pemimpin memerintahkan sesuatu yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka tidak ada ketaatan kepada perintah tersebut melainkan kewajipan membetulkannya. Seandainya pemimpin tetap berdegil maka hendaklah diusahakan perlantikan atau penggantian pemimpin yang baru secara bermesyuarat sesama jamaah (Majlis Syura). Semua ini tetap dijalankan dalam jamaah, tidak di luarnya.

Demikian lima dasar utama konsep jamaah dalam Islam. Berjamaah berlandaskan dasar-dasar di atas wajib ditegakkan dan dipelihara sesama umat Islam tanpa mengira mazhab fiqh dan fikrah politik. Tidak boleh memecahkan jamaah semata-mata kerana perbezaan pendapat dalam hukum fiqh. Tidak boleh membahagi-bahagikan jamaah semata-mata kerana perbezaan pandangan dalam berpolitik. Tidak boleh saling memulau antara jamaah semata-mata kerana sesuatu amalan bid‘ah yang tidak jelas kebid‘ahannya. Sesiapa yang memecah-belahkan jamaah atau menyisihkan diri atau memulau daripada jamaah maka dia termasuk salah satu daripada 72 kumpulan yang akan masuk ke dalam neraka.

Rujukan :

[1] Hasan: Hadis daripada sejumlah sahabat dengan lafaz yang saling berbeza tetapi ke arah maksud yang sama, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain, di atas adalah salah satu dari lafaz Abu Daud, lihat Sunan Abu Daud – no: 4429 (Awal kitab al-Sunnah). Hadis-hadis ini memiliki jalan periwayatan yang banyak, sebahagiannya sahih, sebahagiannya hasan dan sebahagian lain dha‘if, lihat semakan dan penilaiannya oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Silsilah Hadits Shahih – no: 203.

[2] Sahih: Sebahagian hadis daripada ‘Abdullah ibn Abbas radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Darimi dan lain-lain, di atas adalah dengan lafaz Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 1849 (Kitab al-Imarah, Bab kewajipan bersatu dengan jamaah.....).

[3] Sahih: Sebahagian hadis daripada Fadhalah bin ‘Ubaid radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari (Adab al-Mufrad), Ibn Hibban, al-Hakim dan lain-lain, di atas dengan lafaz Ibn Hibban dan ia disahihkan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dalam Sahih Ibn Hibban – no: 4559 (Kitab al-Siyar, Bab Taat kepada pemimpin).

[4] al-Munawi dalam Faidh al-Qadir Syarah al-Jamii’ al-Sagheir (Maktabah Tijarah al-Kubra, Mesir 1356H), jld 3, ms 324.

[5] Hasan: Sebahagian hadis daripada Nu’man bin Basyir radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Ibn Abi ‘Ashim, al-Bazzar, Ibn Abi Dunya, al-Qudho‘i dan al-Baihaqi (Syu‘abu al-Iman), dinukil oleh al-Munziri dalam al-Targib wa al-Tarhib dan dinilai hasan oleh para penyemaknya: Muhyiddin Dibb Mastu, Samir Ahmad ‘Atha & Yusuf ‘Ali Badiwi.

[6] Hasan: Hadis daripada ‘Abdulullah ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan di dalam isnadnya terdapat kelemahan. Namun bahagian awal hadis ini memiliki beberapa penguat dari sudut sanad dan matan sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, demikian penilaian Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi – no: 2167 (Kitab al-Fitan, Bab Keperluan kepada al-Jamaah). Bahagian akhir hadis: dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka tidak memiliki penguat dari sudut sanad tetapi memiliki kebenaran dari sudut matan sebagaimana disokongi oleh beberapa hadis dalam bab ini yang telah dikemukakan di atas. Oleh itu al-Suyuti menilai keseluruhan hadis ini sebagai hasan, lihat al-Jamii’ al-Sagheir – no: 1818.

[7] Sahih: Hadis daripada ‘Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ibn Abi ‘Ashim dan dinilai sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Kitab al-Sunnah – no: 897.

[8] Sahih: Hadis daripada Arfajah bin Syuraihin radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Abu Daud, al-Nasa’i (al-Sunan & al-Kubra), Ibn Hibban, al-Hakim dan lain-lain, di atas dengan lafaz Ibn Hibban dan dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dalam Sahih Ibn Hibban – no: 4577 (Kitab al-Siyar, Bab Taat kepada pemimpin), demikian juga oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 3621. Juga dikeluarkan secara ringkas oleh Muslim dalam kitab Sahihnya, no: 1852.

[9] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Damshq (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1999), jld 46, ms 409 dan dinilai sahih oleh Nasr al-Din al-Albani sepertimana jelas beliau dalam notakaki Misykat al-Masabih (Maktabah al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 61. Juga dinukil oleh al-Mizzi dalam Tahzib al-Kamal (Muasasah al-Risalah, Beirut 1980), jld 22, ms 264.

Sumber : Community Forum

Saturday, July 3, 2010

Islam Pada Nama Sahaja

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ianya kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.”
H.R. al-Baihaqi

Friday, July 2, 2010

Luasnya NERAKA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....

Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seributahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Sumber : Cina Islam