Firman Allah s.w.t:
"Dialah yang menjadikan bumi dipermudahkan untuk kamu. Berjalanlah di celah-celah muka bumi dan makanlah dari rezki"
(15: al-Mulk)
Ini suruhan tuhan supaya kita mencari rezki di muka buminya.Islam melarang daripada meminta-minta bagi orang yang kaya atau sihat. Nabi s.a.w bersabda: "Tidak halal sedekah bagi orang yang kaya dan orang yang sempurna kekuatannya."
(HR Tirmizi)
Nabi s.a.w bersabda:
"Orang yang meminta-minta tanpa keperluan adalah seumpama orang yang mengutip bara api"
(HR Baihaqi dan Ibnu khuzaimah)
Nabi s.a.w bersabda lagi:
"Seseorang yang sentiasa meminta2 sehingga dia berjumpa tuhan dalam keadaan tidak ada seketul daging pun di mukanya."
(Hr Bukhari dan Muslim)
Kemulian pada berkerja dan kehinaan pada meminta-minta.
Nabi s.a.w bersabda:
"Seseorang yang mengambil tali, membawa kayu api di belakangnya dan menjualnya yang menyebabkan Allah memelihara air mukanya lebih baik dari meminta-minta manusia. Sama ada mereka memberinya atau tidak."
(HR Bukhari dan Muslim)
Kelebihan berkerja sebagai petani
"Setiap orang Islam yang bercucuk tanam, lalu burung memakan tanamannya atau manusia itu maka ia dianggap sedekah."
(HR Bukhari dan Muslim)
Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menanam pokok, sabar memeliharanya dan menjaganya sehinggalah berbuah, maka setiap musibah yang menimpa buah tersebut adalah dianggap sedekah di sisi Allah."
(HR Ahmad)
kelebihan Perniagaan
"Peniaga yang amanah dan bercakap benar bersama dengan para Nabi, siddiqin dan syuhada pada hari kiamat"
(HR Hakim dan at-Tirmizi)
Dilarang menjual benda yang diharamkan untuk dimakan, minum atau digunakan seperti babi, arak, dadah, patung dan lain-lain.
Begitu juga jika perniagan yang ada ribanya. Nabi s.a.w bersabda:
"Satu dirham yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahui lebih dahsyat dari 36 perbuatan berzina."
(HR Ahmad)
Berkerja makan gaji
Berkerja makan gaji dengan kerajaan atau syarikat swasta adalah satu amanah. Ia adalah tidak digalakkan melainkan orang yang benar-benar boleh menggalas amanah tersebut. Nabi s.a.w bersabda: "Celaka bagi orang-orang yang memegang amanah."
(HR Ibnu Hibban)
lebih-lebih lagi yang berkait dengan amanah dgn kerajaan kerana ia melibatkan amanah rakyat sekaliannya.
Abu Zar berkata: "Ya Rasulullah kenapa engkau tidak melantikku untuk menjawat jawatan kerajaan?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Hai Abu Zar sesungguhnya engkau ni lemah. Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah, sesunguhnya ia membawa kepada penghinaan dan penyesalan pada hari kiamat melainkan orang yang memegangnya dgn melaksanakan haknya dan menunaikan kewajipannya."
(HR Muslim)
Membela Binatang ternakan
Ia adalah perkerjaan para Nabi termasuklah Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bersabda:
"Setiap Nabi yang diutuskan Allah akan mengembala kambing." Para sahabat bertanya: "Adakah engkau juga Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:
"Ya, aku mengembala kambing-kambing penduduk Mekah di celah-celah gunung Mekah."
(HR Bukhari)
Berkerjalah untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah. Utamakan amal akhirat anda kerana itulah yg alan kekal ganjarannya. Dunia akan musnah dan akhirat kekal selamanya.
Nabi s.a.w bersabda:
"Manusia sentiasa berkata "Hartaku oh hartaku" Sedangkan harta hanya apa yang dia makan maka ia akan musnah, apa yang dia pakai maka akan hancur dan apa yang dia sedekahkan atau digunakan utuk amal akhirat maka itulah yang kekal."
(Hr MUslim)
Sumber : Cina Islam
No comments:
Post a Comment