Sunday, September 25, 2011

Setem Upin Ipin Terbaik Dunia 2010


Koleksi setem khas Upin dan Ipin 'Traditional past time games with Upin & Ipin and friends' keluaran Pos Malaysia diiktiraf sebagai antara koleksi setem terbaik dunia bagi tahun 2010.

Pihak yang bertanggungjawab membuat pengiktirafan tersebut ialah stampnews.com , sebuah gerbang web bebas yang mengemaskini koleksi setem dari seluruh pelusuk dunia.

Thursday, September 22, 2011

Penyakit Al-Wahan


Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"

maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'

Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"