Friday, May 29, 2009

Ibnu Eshak

"Bukanlah tinggal tetap itu rehat bagi orang yang berakal dan berbudi, Maka tinggalkanlah kampong halamanmu dan pergilah mengembara, Merantaulah pasti kau akan temui penganti mereka yang kau tinggalkan, dan berusaha keraslah sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada dalam usaha yang bersungguh-sungguh, Sesungguhnya aku melihat air menjadi cemar kerana tidak mengalir.. andai ia mengalir pasti elok keadaannya.. dan andai ia bertakung nescaya cemar jadinya.. "
Syair Imam Syafie..
Inilah mulanya penceritaan pengembaraan yang pernah aku lalui.. nantikan kemunculannya..

Nur Kasih


Malam tadi ada cerita baru aku tengok kt TV3.. Nur Kasih mengisi hiburan malam minggu ku.. Ape yang buat aku tertarik dalam cerita ni bukan sahaja kerana pengisian keilmuan Islamnya sahaja tetapi yang paling aku minat ialah teknik pengambarannya.. untuk episod pertama ni memang jalan ceritanya agak ada kekurangan. Namun teknik pengambaran dan pesona paparannya menambat hatiku.. susah nak diceriterakan jadi Jumaat akan datang saksikanlah di TV3 jam 9.00 malam..

Saturday, May 23, 2009

Johan Memasak dan Gubahan

Sape kata dalam kesibukan lelaki bekerjaya tiada masa untuk menjalankan aktiviti . Ini lah hasil bakat terpendam. Kami telah berjaya mengalahkan wanita dalam pertandingan masakan dan gubahan.. Alhamdulillah..

Aduh malu gak sebenornya.. ada ke kami mengalahkan otai-otai.. dah la kami je lelaki yg lain semua pompuan.. peh.. malu bila tau kami menang.. namun terselit rasa bangga kerana tiada batasan untuk kita semua dalam kehidupan.

SEMUA BOLEH BERJAYA.. Yang penting RAJIN + USAHA, DOA DAN TAWAKAL.. Berhati-hati ye kepada semua wanita.. hehe..

Mebesar sebagai johan
Masak jemput-jemput yang dalam kepanasan.. huhu.. Aszhar yang busy pn sanggup membantu.. THANKS..
Johan lagi..
Gubahan dinasor (merak sebenornya).. kalu buat hantaran kawen blh lari mak mentua.. tapi dapat johan gak nak buat cmne.. rezeki.. hehe.. Kam coti pn dtg.. THANKS..