"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang." (Surah Al-Israa:37)
Saturday, June 19, 2010
Jodoh
"Lelaki penzina tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan penzina atau perempuan musyrik. Dan penzina perempuan tidak akan berkahwin melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik. Dan yang demikian itu diHARAMkan bagi orang-orang mukmin". (An-Nur : 4)
Wednesday, June 2, 2010
Pepatah Cina "Main Kecapi di Depan Lembu"
Asal Usul:
Pada zaman dahulu kala, ada seorang pemuzik yang bernama Gong Mingyi. Kepandaiannya dalam memainkan kecapi selalu mendapat pujian orang ramai. Pada suatu hari, Gong Mingyi keluar untuk menziarahi salah seorang kawannya. Apabila lalu di sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit bukau yang menghijau, dengan bunga-bungaan yang harum semerbak berkembang di mana-mana, dia amat terpesona dengan keindahan pemandangan di situ.
Ketika melihat ke hadapan, dia ternampak ada seekor lembu sedang meragut rumput dengan tekunnya. Hatinya tergerak mahu memainkan sebuah muzik dengan kecapinya untuk lembu itu. Maka, dia pun duduk di depan lembu itu, dan mula memainkan kecapinya dengan sepenuh hati dan jiwa.
Sayangnya, lembu itu terus menundukkan kepalanya sambil meragut rumput dengan bersungguh-sungguh, dan tidak memberikan perhatian kepada muzik yang dimainkan oleh Gong Mingyi itu walau sedikit pun. Gong Mingyi berasa amat kecewa.
Bagaimanapun, fikirnya pula, mungkin muzik yang dipilihnya tadi terlalu susah untuk difahami oleh lembu itu. Maka, dia memutuskan untuk memainkan sebuah lagi muzik untuk lembu itu. Muzik yang dimainkannya kali ini, ada yang mirip bunyi nyamuk yang berdengung, ada juga yang mirip bunyi lembu yang melenguh. Ketika terdengar muzik ini, lembu yang tadinya tekun meragut rumput itu, segera mengangkat kepalanya, dan mula "berkawat" sambil menggoyang-goyangkan ekornya mengikut rentak muzik itu.
Catatan Keterangan:
Peribahasa "Dui Niu Tan Qin" atau "Main Kecapi di Depan Lembu" ini bermaksud, bercakap tanpa melihat sasaran hingga menyebabkan sasaran tersebut tidak faham akan percakapan itu. Sekarang, peribahasa ini juga membawa erti, menjelaskan perkara-perkara yang rumit kepada orang yang bodoh, hanyalah suatu usaha yang sia-sia sahaja. Ia menasihati kita supaya mengenal sasaran sebenar terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan. Dengan yang demikian, barulah usaha yang kita lakukan menghasilkan kesan yang memuaskan.
sumber : Cina Islam

Subscribe to:
Posts (Atom)