Nabi saw bersabda (maksudnya): Wanita itu dinikahi kerana empat sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang memiliki agama , engkau akan selamat.”
Seterusnya renungi maksud hadis ini:
“Barang siapa menikahi wanita kerana kemuliaannya, maka Allah tidak menambahinya kecuali kehinaan. Dan barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya, maka Allah tidak menambahinya kecuali kefakiran. Dan barangsiapa yang menikahi wanita kerana nasabnya maka Allah tidak menambahinya kecuali kerendahannya. Dan barang siapa menikahi wanita dgn tidak menginginkannya kecuali agar mengendalikan pandangan matanya, menjaga kemaluannya atau menyambung silaturrahim, maka Allah akan memberkahi baginya dalam hal wanita itu dan memberkahi wanita itu dalam hal lelaki itu.” (HR Ath- Thabarani dalam Al-Ausath)
Seterusnya: Nabi saw bersabda (bermaksud): “Janganlah menikahi wanita-wanita kerana kecantikan mereka, kerana kecantikan mereka boleh jadi akan merendahkan wanita itu sendiri. Dan janganlah menikahi mereka kerana harta-harta mereka kerana harta-harta mereka boleh jadi akan menyesatkan mereka. Tetapi nikahilah wanita kerana agamanya , maka budak perempuan yg bodoh lagi hitam tetapi memiliki agama pasti lebih utama”
(HR Ibnu Majah dari jalan Abdurrahman bin Ziyad bin An’um)
Dan akhir sekali hadis ringkas ini:
Nabi saw bersabda (bermaksud): “ Maka sesungguhnya sebaik-baik umat ini adalah yang paling banyak isterinya.” *
* Said bin jubair berkata, “ Ibnu Abbas bertanya kepadaku; Apakah kamu telah beristeri?” Aku jawab, “Belum.” Dia berkata,” Maka nikahlah kamu , kerana sesungguhnya sebaik-baik umat ini adalah yang paling banyak isterinya.” (HR al-Bukhari dan Ahmad) ‘ Umdatul Qari, Syarh Shahih Bukhari, juz 20 halaman 70.
No comments:
Post a Comment