Wednesday, October 20, 2010

Murka Allah Kepada Penjual Baju/Tudung Yang Melangar Hukum

Assalamualaikum,,

Disini saya ingin kongsi sedikit rentetan dari kisah siapa pengkianat islam yang saya huraikan tempoh hari. Hari ini sebelum saya mengulas dengan lebih detail bukanlah niat saya ingin mengkianati kepada penjual penjual atau tudung tudung baju fesyion terbaru ini..

Saya menulis ni kerana sudah berpuluh email dari klient mengadu tentang masalah keewangan yang dihadapi oleh meraka,dan bila ditanya apakah awak tidak bekerja semua ramai yang menjawab bekerja sales baju tudung,dan bekerja lain lain diofis sebagai kerani dan berbagai kerja lagi, tetapi paling ketara masalah keewangan yang dihadapi oleh meraka pabila meraka menjual baju atau tudung, saya melihat baju baju atau tudung tudung yang dijual dan selepas berfikir saya melihat barangan yang dijual tidak memberikan membina kepada umun sejagat dan barangan baju tudung tidak memenuhi kretika atau menutup aurat yang dilandaskan didalam islam,

Saya merujuk kepada Firman Allah Ayat Al Ahzab Ayat 59:
"Katakanlah kepada isteri isterimu,anak anak mu dan isteri isteri orang orang mukmin hendaklah mereka menutupi jilbab kesuluruh tubuh mereka,supa mereka lebih mudah dikenali"

Batas batas Jilbab/tudung yang di kehendaki didalam pemakaian didalam Islam
1. Haruslah tudung itu labuh menutupi buah dada kaum hawa dari pandangan kaum adam
2. Haruslah tudung itu kainnya tebal tidak nipis agar tidak menampakkan bentuk buah dada kaum hawa

Jadi disini merujuk kepada tudung reka bentuk baru sah kebanyakkan ia salah disisi landasan agama Islam,


Disini saya paparkan baju reka bentuk kaum hawa yang terserlah tidak mengendahkan batas batas aurat dalam islam, dan penjual penjual baju ini langsung tidak mengamalkan sikap mementingkan keagamaan malah dengan sikap memikirkan keuntungan saja agama islam yang suci lagi indah dipermainkan dengan sewenang wenangnya..

Jadi hurainya disini pada kisah dahulu dikota Madinah:
Pada suatu hari dikota Madinah, seorang penjual baju bertemu Rasullulah penjual baju itu bertanya
Ya Rasullulah kekasih Allah, Apakah batas batas hamba selaku penjual baju apakah berdosa jika hamba menjual baju yang menampakkan susuk tubuh kaum hawa?

Nabi menjawab sambil tersenyum
"Apakah bagimu kepuasan melihat kaum hawa menderita disisi pandangan lelaki'?
"Dan apakah keuntungan yang kamu dapat menjamin hidupmu diakhirat kelak"?
"Lantas Nabi berkata sesungguhnya Allah Swt murka kepada manusia manusia yang menjual atau mereka reka dan menghasut atau menjual sesuatu barangan membawa kepada kemudaratan"
Cerita ini disaksikan oleh Ibnu Abbas R.A Sahabat baik baginda,

Jadi disini huraian yang saya dapat buat, Allah swt murka kepada penjual baju baju yang tidak mengikut batas batas didalam islam, dan kalian semua boleh melihat dengan kaum hawa memakai baju reka bentuk yang melihatkan/mendedahkan aurat pelbagai kemudaratan timbul, "Didalam Islam Menghindari kemudaratan itu adalah wajib bagi orang orang mukmin"

Contohnya: berlaku kenaikan syawat kepada kaum adam apabila wanita mempertontonkan susuk tubuh badan. jadi disini merujuk kepada firman Allah surah Al Ahzab di atas.Jadi disini apabila Allah swt Murka akan diazab oleh Allah swt dalam pelbagai bentuk didalam dunia ini.

Hati yang resah,fikiran yang resah berpanjangan,rezeki yang tak berkat,merasakan hidup yang sia sia,tertutup pintu rezeki, dan pelbagai lagi,, jadi disini saya tidak hairan kenapa penjual penjual baju seperti ini merasakan kesusahan keewangan didalam kehidupan, Kerana Mengikut Sabda Nabi kekasih Allah, Allah Murka kepada penjual penjual baju seperti ini, jadi fikirlah kembali jika penjual2 baju masih ingin meneruskan menjual baju baju sebegini, ingatlah dihari Akhirat kelak, Apakah bisa jasad menahan panasnya api neraka? jika tidak berhentilah dari menjual baju tudung yang nyata melanggar syarat aurat didalam Islam.

Nota:
Cari lah kerja yang membina kearah kemasyarakatan yang lebih ke jalan Allah, Sesungguhnya didunia ini penuh dengan rezeki yang berkat lagi halal disisi agama islam, Allah suka kepada hambanya yang mencari yang halal,mencari yang halal itu fardu dalam islam,maka carilah yang halal,elakkan dari mencari yang haram..


Sabda Nabi s.a.w, "Sampaikan dariku walau 1 ayat" (HR. Tirmidzi).

Read more: http://bilikkaunselingislam.blogspot.com/2010/10/murka-allah-kepada-penjual-bajutudung.html#ixzz12uee0A2n

sumber : kaunseling

No comments:

Post a Comment