Monday, February 28, 2011

Fakta Tentang Al-Quran



17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.

2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).

Sindrom Ketagihan Internet


17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Internet sememangnya satu 'dunia' yang mengasyikkan. Seseorang yang berada dalam dunia Internet pasti tidak akan merasa bosan untuk terus melayari Internet dengan meniti dari satu blog ke blog yang lain untuk mengumpulkan maklumat atau menambahkan kenalan maya. Tidak kurang juga yang menggunakan Internet sebagai medium untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.

Saya tertarik dengan rencana yang ditulis oleh Jyh Wee Sew yang bertajuk "Mengimbangi Cita Rasa Manusia dalam Budaya Internet" yang disiarkan dalam Dewan Budaya Oktober 2008. Rencana ini mengetengahkan beberapa fakta statistik serta maklumat tentang natijah penggunaaan Internet yang berlebihan.

Sama ada kita sedari atau tidak, usia Internet diperkenalkan kepada dunia baharu sahaja 15 tahun. Walau pun masih muda, Internet sudah mampu untuk mengubah tamadun manusia. Pada masa kini, kebanyakan transaksi dan maklumat dilakukan melalui Internet. Para pekerja akan merasa gusar sekiranya tidak melayari Internet di tempat kerja. Internet dijadikan sebagai saluran perhubungan sama ada di antara sahabat handai mahu pun dengan pelanggan dan rakan perniagaan.

Friday, February 25, 2011

Cara-cara mengatasi kembung perut

Kembung perut atau perut kembung

Kedua-dua perkataan di atas adalah sama ertinya. Perut kembung atau kembung perutmasalah perut kembung. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari. ialah reaksi angin perut. Apabila anda makan,minum dan menelan bersama air liur,kadangkala badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan. Kembung perut tidak semestinya akan mengeluarkan bunyi. Bunyi ini dikenali juga dengan sendawa. Bunyi sendawa ada kalanya merimaskan dan memalukan. Semua peringkat umur mengalami

Apakah penyebab perut kembung

Anda akan mengalami perut kembung mungkin disebabkan keadaan-keadaan ini:

  • Bila tertekan atau stress biasanya anda akan menelan lebih banyak angin.
  • Tabiat mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.
  • Merokok
  • Makan atau minum terlalu cepat. Apabila makan terlalu cepat, anda menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.
  • Minuman berkarbonat mengandungi karbon dioksida. Gas ini akan menghasilkan lebih banyak gas di dalam perut. Minuman ini boleh menyebabkan keradangan perut atau penyakit gastritis.
  • Bakteria Helicobacter pylori berkait rapat dengan gastritis kronik. Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah perut yang berpanjangan.
  • Lemak mengambil masa untuk hadam. Ini menyebabkan gas terkumpul dalam perut.
  • Pemasangan gigi palsu yang tidak sempurna dan sesuai.Ini menyebabkan anda akan menelan lebih banyak udara.
  • Penghadaman makanan tidak sempurna. Karbohidrat, seperti kanji,serat dan tidak dapat diserap di dalam usus perut akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Baki makanan tidak diserap akan berpindah dari usus kecil ke usus besar. Bakteria usus besar akan memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen,karbon dioksida dan metana. Gas ini keluar melalui dubur atau dipanggil kentut.

Thursday, February 24, 2011

Ayat Motivasi Dari Al-Quran

Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama…

Sahabatku,

Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…

Tanya-Jawab dengan Al-Quran tentang Ujian Hidup

Kita selalu Bertanya... dan ternyata Al-Quran sudah menjawabnya...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Tuesday, February 22, 2011

Lim Jooi Soon Selesa Guna Nama Asal

Lim Jooi Soon selesa guna nama asal

Oleh: MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAKlim-jooi-soon.jpg

MENUKAR nama bapa kepada Abdullah sudah lama diamalkan di Malaysia. Namun, ia tidak pernah diamalkan ketika zaman Rasullullah s.a.w. Contohnya Rasulullah tidak mengubah nama bapa Abdullah bin Abd. Asad biarpun Abd. Asad membawa makna hamba kepada singa, iaitu jelas mengandungi unsur-unsur syirik (Ibni Al-Jawzee, Sifatus Safwah, Jilid 1 (63).

Malah Umar Al-Khattab dan Ali bin Abu Talib juga mengekalkan nama bapa masing-masing setelah memeluk Islam. Jika wajib menukar nama bapa, apakah Rasullullah sendiri tidak mengetahuinya dan melakukannya?

Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon berkata, ramai masyarakat di Malaysia beranggapan bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.

Pada zaman Rasullullah, mereka yang memeluk agama Islam dinasihati oleh Rasulullah supaya menukar nama asal kepada nama yang bermaksud baik.

Ini menunjukkan nama Islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik, bukan semestinya dalam bahasa Arab.

Sunday, February 20, 2011

Adakah Sushi King Halal?


Assalamualaikum pembaca-pembaca dihormati,

Sushi King.... halal ke? Itulah persoalan yang akan menjelma di fikiran apabila rakan-rakan mengajak ke restoran tu. "Halal la tempat tu" tambah rakan berkenaan. Tapi halal ke?

Itu situasi yang biasanya berlaku kepada pengguna-pengguna muslim apabila terlintas peluang untuk makan di Sushi King. Sebenarnya, dari menu Sushi King kita dapat melihat arak disajikan di premis itu. Hampir semua atau semua Sushi King menjual minuman keras! Adakah Sushi King boleh mendapatkan pengiktirafan halal?

Jelas sekali restoran ini tidak akan dapat peniktirafan halal oleh pihak berkuasa iaitu JAKIM!

Bukti Islam Ada Di Amerika Jauh Sebelum Colombus Menemukannya

Klik pada gambar untuk copy paste gambar lebih jelas untuk disebarkan... ^_^

Jika Anda mengunjungi Washington DC, datanglah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Lantas, mintalah arsip perjanjian pemerintah Amerika Serikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee saat itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan kebiasaan berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.

MUKJIZAT PENCIPTAAN MANUSIA - QUR'AN SEPANJANG MASA

Allah Azza wa Jalla telah menceritakan proses penciptaan manusia di dalam Al-Qur'an secara terperinci. Allah berfirman dalam surat Al-Mukminun:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik." Qs.23 Mukminun: 12-14

Dari erti kata-kata, paling kurang ada 3 mukjizat yang telah dibuktikan:

1. Penciptaan manusia dari saripati tanah
2. Rahim yang kukuh, telah dibahas dalam posting lalu
3. Urutan perkembangan Janin, telah dibahas di posting lalu

TIGA KEGELAPAN - QUR'AN SEPANJANG MASA

Dalam Al Qur'an dipaparkan bahawa manusia diciptakan melalui tiga tahap dalam rahim ibunya.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang berbuat demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Qur'an Surah 39 Zumar:6)

Sebagaimana yang akan dipahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahawa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahap yang berbeza. Sungguh, biologi moden telah mengungkap bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeda dalam rahim ibu.

Ilmu kandungan menemukan bahawa janin ketika masih berada dalam kandungan dilapisi oleh tiga selaput yang melindunginya dari air yang berasal dari luar, dan dari panas serta cahaya, dan dinamakan dengan tiga kegelapan.

Sekarang, di semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di berbagai fakulti kedoktoran, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku rujukani utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut:

"Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahapan:
1. pre-embrionik; dua setengah minggu pertama,
2. embrionik; sampai akhir minggu ke delapan,
3. dan janin; dari minggu ke delapan sampai kelahiran."
(Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, s. 64.)

Saturday, February 19, 2011

Bulan Terbelah Dua..

UMAT di zaman Rasulullah SAW dianggap sangat bertuah. Tidak sahaja mereka berpeluang bertemu dengan baginda namun yang lebih beruntungnya lagi dapat melihat sendiri segala kejadian-kejadian mukjizat yang Allah kurniakan kepada baginda.


Ini termasuklah kejadian bulan terbelah dua, antara yang benar-benar berlaku dalam usaha Nabi Muhammad untuk menyakinkan kebenaran dakwah baginda itu.

Jika kita menjadi pengikut baginda ketika itu, tentu segala kejadian mukjizat yang berlaku akan menambahkan lagi keimanan atau kepercayaan kepada Allah SWT.

Namun, perkara seperti ini sukar diterima oleh puak-puak kafir Quraisy. Mereka tetap dengan sikap degil mereka.

Walaupun peristiwa Israk dan Mikraj tidak ada sebarang kesangsian, dengan segala macam bukti dan keterangan daripada al-Quran namun kedegilan tetap makin menebal!

Malah mereka sendiri kadang kala meminta baginda tunjukkan bukti! Kononnya dengan bukti tersebut mereka akan menyerah kalah kepada kebenaran.

Tuesday, February 15, 2011

Kisah Nabi: Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis

Kisah 1


Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San’a – ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan yang nyata.

Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan: “Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar.”

Perempuan dalam Kisah al-Qur’an

Diturunkannnya al-Qur’an kepada umat manusia adalah merupakan bentuk kasih sayang Allah, bertujuan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya. Bukan untuk membebani manusia, atau menyulitkan manusia. Para ulama sepakat bahwa secara garis besar, al-Qur’an terdiri dari 3 bagian besar, yang pertama ia berisikan tentang risalah tauhid, yang kedua tentang kisah-kisah, dan yang terakhir adalah hukum yang mengatur kehidupan manusia. Tentunya kisah yang ada dalam al-Qur’an bukanlah sekedar kisah untuk dongengan belaka, tetapi dari setiap kejadian yang diabadikan dalam al-Qur’an, mengandung hikmah, pelajaran, tuntutan, petunjuk bagi manusia.

Oleh karena itu hanya beberapa manusia tertentu saja yang diabadikan Allah dalam al-Qur’an. Mereka adalah para Nabi dan Rasul, orang-orang soleh, dan juga manusia-manusia yang mendurhakai Allah, agar manusia mengetahui apa akibatnya jika mereka mendurhakai Allah. Termasuk di dalamnya adalah kisah para wanita yang disebutkan dalam al-Qur’an baik ia disebutkan secara langsung maupun tidak langsung. Al-Qur’an secara khusus membicarakan jenis-jenis perempuan berdasarkan amalnya. Kadang-kadang al-Qur’an menunjuk nama jelas jika perempuan yang dilukiskannya adalah perempuan ideal. Untuk melukiskan perempuan yang buruk, al-Qur’an tidak pernah menyebut nama secara langsung.

Bulan Ramadhan Lebih Dari Bulan Maulid


Saya menunggu bilakah respon saya akan tersiar di ruang komen entri Faisal Tehrani yang bertajuk, "Bulan Maulud Memang Lebih Besar Dari Bulan Ramadhan".Harapan saya agar Faisal Tehrani boleh memberikan jawapan balas dari apa yang saya responkan.Namun apabila terlihatkan ruang komen itu bertambah dengan balas membalas dari Faisal Tehrani terhadap satu dua pembaca yang sama berulang-ulang, maka saya seakan yakin, komen saya yang sudah dihantar sebelum balas-membalas itu tak akan disiarkan nampaknya. Maka secara automatik, menjawab entri orang yang menyekat pandangan saya di ruang beliau haruslah ditulis kembali di blog ini seperti lazim prinsip alhikmah-diari diwujudkan sejak awal.

PERTAMA: KENYATAAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Entri itu pada asasnya dilihat jelas ditulis untuk membidas apa yang dilaporkan media sebagai kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan merangkap mursyidul am PAS.

Faisal Tehrani menulis,

Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di sini)

Monday, February 14, 2011

AHMED NEGASHI (The father of Jeberti)

Dr. Yassin Aberra

Dr. Yassin Aberra (Allah Yerhamhu) was assasinated in cold-blood by DIA's agents in front of his home. And as such, I don't believe any Jeberti or a Muslim will forget such cowardice act nor will forgive DIA.The only 'crime' which the good Doctor committed was, he DARED to enlighten his Jeberti brothers and sisters about their identity/history and culture.

Below is what the respected Dr. wrote:


AHMED NEGASHI (The father of Jeberti)
GREAT MEN OF JEBERTI
AHMED NEGASHI (King Armac II)
The Father of Jeberti (c. A.D. 600)

EXCERPTS FROM HANDWRITTEN MANUSCRIPT
by Dr. Yassin M. Aberra (RahmetUllah Aleyhi).

The Relation Between Hijaz and Axum.

Notwithstanding the less of the dominion of Yemen by Axum, the relation between Abyssinia and Hijaz, throughout the period that cover the Persian conquest of Yemen to the beginning of the Hejira Era, had been regular and cordial. The Qureishites organized, every year, a caravan for Abyssinia, which was described by reliable sources as a country known among merchants for the abundance of its victuals and for good trading businesses.The mutual profitable commercial relation of the two countries was the product of a trade treaty stipulated and signed by Abdu’Shams with the Negus of Abyssinia long before the ascension of Ella Tsaham/As’hama to the throne, but rendered more flourishing during his reign.

Such harmonious relationship between the two countries account for the fact that the Qureishites (hostile to prophet Muhammad) were encouraged to send two envoys to ask the Abyssinian king to extradite the Muslim refugees who sought shelter in his friendly country.
Let us turn back to our main topic, that is to say, to give a short portrait of the life and achievement of Emperor As’hama by first describing the early stage of his life.

Sunday, February 13, 2011

Would You Change Florida To Kazakhstan?

About a year ago Jonathan, an ordinary guy from Florida, was sent as a volunteer to a small remote village in Kazakhstan. He’s 22 years old and teaches English to the kids coming from low-income groups.

Saturday, February 5, 2011

Khasiat Minum AIr




MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

MasjiD Tidak Roboh Walaupun Di Bom Atom dan Gempa Bumi





Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe berarti 'gate of God atau gerbang Tuhan'.

Pada tahun 1945, Jepun terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuatkan pemerintah Amerika memutuskan untuk melakukan pengeboman menggunakan bom atom pertama kali dalam peperangan.