Sunday, February 20, 2011

MUKJIZAT PENCIPTAAN MANUSIA - QUR'AN SEPANJANG MASA

Allah Azza wa Jalla telah menceritakan proses penciptaan manusia di dalam Al-Qur'an secara terperinci. Allah berfirman dalam surat Al-Mukminun:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik." Qs.23 Mukminun: 12-14

Dari erti kata-kata, paling kurang ada 3 mukjizat yang telah dibuktikan:

1. Penciptaan manusia dari saripati tanah
2. Rahim yang kukuh, telah dibahas dalam posting lalu
3. Urutan perkembangan Janin, telah dibahas di posting lalu

Ini belum termasuk mukjizat kata, sastera, jumlah huruf, nombor ayat, nombor surat dan lainnya.

Doktor kandungan paling terkemuka di dunia membuktikan bahawa semua yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis Rasululullah saw tentang proses penciptaan manusia adalah sesuai dengan yang ditemukan pada ilmu moden.

Inilah cendikiawan paling terkemuka dalam ilmu kandungan, doktor Kanada, Keith Moore. Dia memiliki sebuah buku yang diterjemahkan ke dalam lapan bahasa; dipelajari dikebanyakan universiti-universiti dunia. Dia menyampaikan pidato dengan tema, "Keselarasan Ilmu Kandungan dengan sesuatu yang Terdapat dalam Al-Qur'an dan As-Sunah" diUniversiti al-Malik Faishal.

Dia berkata, "Sesungguhnya ilmu pengetahuan ini, yang terdapat dalam Al-Qur'an datang kepada Muhammad dari sisi Allah, sebagaimana juga memberikan bukti kepadaku bahawa Muhammad adalah pasti seorang rasul yang diutus dari sisi Allah."

Dia juga berkata dalam pidatonya, "Manusia ketika pertama kali diciptakan dalam perut ibunya berbentuk segumpal darah, kemudian setelah itu ciptaannya meningkat menjadi segumpal daging, kemudian berubah menjadi tulang-belulang, dan kemudian dibungkus dengan daging. Semua yang kami dapatkan dalam penelitian-penelitian kami, maka kami mendapatkannya tertera didalam Al-Qur'an."

Seorang doktor Amerika, professor dalam bidang ilmu kandungan berkata pada muktamar yang diselenggarakan oleh Kerajan Arab Saudi di Riyadh, "Nash-nash Al-Qur'an memaparkan perincian yang lengkap bagi proses pertumbuhan manusia, dimulai semenjak tahap setitis mani sampai tahap pertumbuhan menjadi tulang dan tubuh." Dan katanya, "Belum ada dalam sejarah manusia, ditemukan paparan tentang proses pertumbuhan manusia yang gamblang seperti ini."

Professor Keith Moore memeluk Islam setelah membaca ayat ini, ialah mantan Rektor Universiti & Mantan Ketua Doktor Bedah di Kanada. Setelah memeluk Islam, beliau aktif dalam siaran TV di Kanada tentang Qur'an & Ilmu Pengetahuan Modern.

Semoga ini menjadi renungan bagi semua terutama bagi mereka yang murtad hanya karena dunia.

SUMBER:
APA BUKTI ISLAM BENAR???
Sangat penting untuk ribuan new member yang join tiap hari,tolong klik:
http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=info

1 comment:

  1. Salam, Amat berterima kasih kepada Allah kerana telah mengerakkan hati saya datang kelaman blog Tuan ini dan Terima Kasih juga kepada Tuan, Dengan maklumat yg tuan sampaikan ini. kerana dapat menambahkan pengetahuan.

    ReplyDelete