Friday, February 25, 2011

Cara-cara mengatasi kembung perut

Kembung perut atau perut kembung

Kedua-dua perkataan di atas adalah sama ertinya. Perut kembung atau kembung perutmasalah perut kembung. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari. ialah reaksi angin perut. Apabila anda makan,minum dan menelan bersama air liur,kadangkala badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan. Kembung perut tidak semestinya akan mengeluarkan bunyi. Bunyi ini dikenali juga dengan sendawa. Bunyi sendawa ada kalanya merimaskan dan memalukan. Semua peringkat umur mengalami

Apakah penyebab perut kembung

Anda akan mengalami perut kembung mungkin disebabkan keadaan-keadaan ini:

  • Bila tertekan atau stress biasanya anda akan menelan lebih banyak angin.
  • Tabiat mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.
  • Merokok
  • Makan atau minum terlalu cepat. Apabila makan terlalu cepat, anda menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.
  • Minuman berkarbonat mengandungi karbon dioksida. Gas ini akan menghasilkan lebih banyak gas di dalam perut. Minuman ini boleh menyebabkan keradangan perut atau penyakit gastritis.
  • Bakteria Helicobacter pylori berkait rapat dengan gastritis kronik. Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah perut yang berpanjangan.
  • Lemak mengambil masa untuk hadam. Ini menyebabkan gas terkumpul dalam perut.
  • Pemasangan gigi palsu yang tidak sempurna dan sesuai.Ini menyebabkan anda akan menelan lebih banyak udara.
  • Penghadaman makanan tidak sempurna. Karbohidrat, seperti kanji,serat dan tidak dapat diserap di dalam usus perut akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Baki makanan tidak diserap akan berpindah dari usus kecil ke usus besar. Bakteria usus besar akan memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen,karbon dioksida dan metana. Gas ini keluar melalui dubur atau dipanggil kentut.

Bagaimana mengenal pasti ia bukan kembung perut

Walaupun perut kembung tidak berbahaya, ia menandakan ketidaksempurnaan penghadaman sistem pencernaan makanan anda.

Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus. Sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain seperti;

  1. Sakit perut berpanjangan
  2. Najis berdarah.
  3. Najis berwarna pucat dari kebiasaan
  4. Sembelit
  5. Kehilangan berat badan mendadak

Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian saringan penyakit usus jika mempunyai gejala-gejala penyakit seperti di atas.

Penyebab perut kembung ialah:

  • Ketidakhadaman
  • Penyakit seliak (coeliac disease)
  • Gastroenteritis
  • Irritable bowel syndrome (IBS)
  • Diverticulosis atau diverticulitis
  • Ulser perut

Tanda-tanda yang berhubung-kait dengan perut kembung

Sendawa

Bunyi yang disebabkan oleh gas yag dilepaskan melalui mulut secara tiba tiba .

Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin perut berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.

Perut meragam

Apabila perut bertindak balas dengan cepat , ini menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang.

Kebiasaannya berlaku apabila anda lapar murung atau berdebar debar.

Rawatan kembung perut

Kaedah rawatan kembung perut boleh dilakukan dengan:

Rawatan pemakanan

Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup

dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak

sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan

menemui cara penyembuhan yang sesuai.

Rawatan kembung perut dengan ubat

Sesetengah ubat tanpa preskripsi doktor boleh membantu , anda boleh mencuba:

  • Suplemen Laktosa

Jika anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan farmasi.

  • Simethicone

Semithicone membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan. Semithicone mudah didapati di klinik,kedai ubat dan farmasi.

  • Activated charcoal

Pil activated charcoal bertindah seperti semithicone. Anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di farmasi, klinik dan kedai ubat.

Masalah perut kembung

  • Terlalu merendah diri
  • Malu untuk bersosial

Cara mengatasi sering perut kembung

Anda terpaksa mengubah amalan pemakanan. Pengubahan pemakanan membantu mengurangkan jumlah gas terhasil atau mengeluarkan angin perut dengan lebih cepat melalui sistem anda.

Cuba kenal pasti makanan-makanan yang mungkin menyebabkan kembung perut seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kubis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula-gula tanpa gula, dan gula-gula getah, roti gandum, bijirin bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.

Perut kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh dan senak. Kurangkan makanan goreng dan berlemak.

Jika anda ingin mengambil suplemen serat, mulakan dengan beransur-ansur. Pastikan jumlah di ambil sekurang-kurangnya 250 ml. Kurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah buat sementara waktu .

Kurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Gunakan produk tenusu laktosa rendah seperti yogurt.

Teh pudina mengandungi menthol. Menthol di minyak pudina mempunyai sifat-sifat antispasmodic. Secawan teh pudina panas mengatasi perut kembung dan kesakitan berpunca dari angin perut. Elakkan teh pudina jika anda mengalami pedih Ulu hati.

Pengubahsuaian Cara Hidup kurangkan angin perut

  • Amalkan makan dengan jumlah makanan yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan pada jumlah yang besar.
  • Amalkan makan dan kunyah dengan perlahan-lahan. Elakkan dari terus menelan.
  • Elakkan gula-gula getah, gula-gula keras dan meminum menggunakan straw. Aktiviti
  • ini boleh menyebabkan anda menelan jumlah air yang banyak.
  • Makan ketika bimbang, cemas atau kecewa akan mengakibatkan perut kembung. Makan ketika ini akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan.
  • Kedudukan gigi palsu yang longgar menyebabkan udara berlebihan tertelan semasa makan dan minum. Periksa kedudukan gigi palsu anda.
  • Berhenti merokok.

sumber : kesihatan

No comments:

Post a Comment