Seluruh negara Eropah pada masa kini berbelah bagi dalam menentukan samada mahu membenarkan atau tidak pemakaian purdah di tempat awam.
Pada bulan Ogos lalu, seorang perempuan yang berpurdah telah diberikan kebenaran menjadi saksi dalam satu perbicaraan mahkamah di Copenhagen, sedangkan selama ini seseorang yang memakai topi atau berkaca mata hitam sekalipun tidak dibenarkan memberikan keterangan di kandang mahkamah. Peristiwa tersebut menjadi sejarah di Eropah dan adalah kes yang pertama seumpamanya berlaku.
Di France dan juga di Denmark pemakaian purdah menjadi tajuk perbincangan yang hangat hasil dari tekanan parti conservative yang mahu ia diharamkan di tempat awam.
Belanda merupakan negara Eropah yang pertama sekali mempertimbangkan untuk mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam pada tahun 2005, atas sebab-sebab keselamatan. Ia merupakan cadangan daripada ahli parlimen Geert Wilders, seorang penentang kuat fahaman radikal islam di Belanda.
Namun sampai sekarang pun kerajaan Belanda masih berbolak balik dengan cadangan tersebut di mana tiada satu undang-undang pun yang telah diluluskan berkenaan dengan purdah.
Pihak berkuasa bandar di Belanda masih lagi mengalami masalah dalam menguatkuasakan larangan tersebut walaupun mereka cuba melakukannya pada seorang wanita yang tidak bekerja. Wanita tersebut telah memenangi kes mahkamah yang memerintahkan majlis perbandaran membuat pembayaran wang pampasan penganggurannya, apabila majlis perbandaran enggan membayar pampasan wang pekerjaannya atas alasan dia memakai purdah pada tahun 2007.
Di Sweden dan Itali pula, secara teorinya kerajaan masing-masing telah melarang pemakaian purdah di kawasan awam.
Di Luxembourg, pihak berkuasa polis menguatkuasakan larangan memakai purdah di kawasan awam kecuali ketika majlis keramaian atau pesta.
Di Britain tiada peruntukan undang-undang dalam isu pemakaian purdah ini. Kita boleh melihat para wanita yang berpakaian hitam dan berpurdah bebas ke sana sini di kawasan di mana terdapat ramai pendatang asing. Namun itu tidak menghalang pihak berkuasa membuang seorang guru daripada kerjanya pada tahun 2006 apabila dia bertegas mahu mengajar dengan berpurdah.
Purkini (Orang Perancis panggil Burkini iaitu gabungan Burqa dan Bikini)
Pada musim panas sekarang pula, pakaian Purkini (kombinasi Purdah dan Bikini) menjadi fesyen pakaian renang yang panas. Ia merupakan pakaian renang yang menutup aurat yang diperkenalkan di Australia pada tahun 2007 oleh pereka fesyen dari Lubnan.
Purkini telah di larang di satu kawasan kolam renang di Seine-et Marne dan juga di sebuah pekan kecil di Itali. Namun berlainan pula di Oslo di mana pihak berkuasanya telah membenarkan pemakaiannya kerana tidak nampak satu alasan teknik pun yang boleh membenarkan mereka menghalang pemakaiannya, malah mereka membandingkan bentuknya seperti pakaian renang yang di pakai oleh perenang profesional.
Malah di Sweden pakaian renang Purkini boleh di sewa oleh mereka yang mahu memakainya di kolam renang. Begitu juga di Britain pakaian renang ini mula mendapat tempat dan perhatian orang ramai.
Ironinya ialah apabila purkini mula mendapat tempat di Eropah, ia masih belum mendapat tempat di Asia Tengah. Pada bulan Julai lalu, seorang wanita Sweden yang memakai purkini telah di larang dari mandi di sebuah kolam renang di sebuah hotel Marsa matrouh, Mesir. Terkejut dengan larangan tersebut wanita itu terus membuat aduan ke kedutaannya!.
Maklumat di petik dari LeFigaro.fr
Bagaimana dengan negara kita Malaysia?, setakat ini tiada apa-apa sekatan atau perbahasan mengenai pemakaian purdah di tempat awam. Kita masih dapat menemui wanita yang berpurdah sekali sekala di tempat awam malah di komleks membelibelah sekalipun.
Banyak juga perbahasan ulama tentang isu pemakaian purdah ini, ada yang berkata tiada kewajiban untuk muslimah memakainya dan ada juga yang menekankan wajib muslimah memakainya atas alasan menjauhi fitnah.
Masalah di Eropah adalah berkisar isu keselamatan untuk mengenal identiti. Ini timbul akibat dari aktiviti pengganas yang sering di cop sebagai puak radikal islam yang boleh menggunakan pakaian purdah tersebut bagi menjalankan aktiviti terorisma mereka.
sumber: Shubhi
lain macam pulak aku dengar sebutan tu
ReplyDeletemacam sebutan ada.. huhu..
ReplyDelete