Tuesday, April 19, 2011

Telur Palsu Di China

Di China ada sekolah palsu dan kelas-kelas yang mengajar pelbagai teknologi penipuan secara terang-terangan kerana saat ini program palsu paling popular.

Proses pembuatan telur palsu.



Langkah 1
Menggunakan 7 jenis bahan, lihat pic di bawah

Telur palsu dibuat dari kalsium karbonat, resin, geletin, alum, asid benzoik, kalsium klorida, dan bahan kimia lain.

Langkah 2
Masukkan telur mentah ke dalam bekas hingga 2/3 penuh kemudian campur kalsium klorida dan pewarna. Dengan menambah pigmen kuning ia menjadikan kuning telur.

Langkah 3
Kuning telur palsu di tuang ke dalam acuan.

Langkah 4
Rendam dalam kalsium karbonat.

Langkah 5
Kulit telur di bentuk dengan merendam ke dalam lilin parafin yang kemudiannya dibiarkan sehingga kering.

Akhir sekali telur palsu siap. Kulit telur palsu sangat raput dan mudah pecah.


Banyak gelembung kecil yang terbentuk semasa menggoreng telur tetapi tidak ramai orang yang boleh membezakannya.Telur nampak seperti telur sebenar dan rasa telur palsu lebih baik daripada yang sebenar.



Kenapa membuat telur palsu?
Jawapannya kerana wang. Kos telur palsu cuma 0.55 Yuan/kg sedangkan harga pasaran telur asli adalah 5.60 Yuan/kg. Walau bagaimana pun telur ini akan menyebabkan keracunan makanan jika di makan.

No comments:

Post a Comment