Minggu lepas saya pergi jumpa kawan warga UK yang berhijrah ke Malaysia sebagai rumah keduanya atau lebih condong menjadi rumah pertama kerana dia lebih suka menetap di negara kita. Ismail namanya
Ada dua sebab dia suka negara kita. Pertama kita negara Islam dan kedua negara kita maju berbanding negara Islam lain. Dia mahu pastikan anak serta cucunya berada dalam masyarakat yang baik. Dia menaruh harapan yang tinggi pada orang Melayu sebagai mewakili umat Islam di Malaysia
Sampai di sini dia mula berkawan dengan orang Melayu lain dan menjarakkan dirinya daripada orang cina. Apa saja urusan dia lebih suka cari orang melayu. Melayu kedua yang dia rapat banyak membantunya dan dia tidak kemut dari segi wang ringgit pada lelaki melayu itu sehinggalah lelaki melayu itu memohon pinjam sejumlah wang yang banyak darinya untuk urusan penting.
Dia tidak berfikir panjang atas dasar percaya dan memberikannya. Selepas itu lelaki itu sudah menghilangkan dirinya dan bayangpun tak nampak. Dia sudah mula merasakan sesuatu yang tak kena dengan melayu. Tapi masih percaya yang itu semua hanya nasibnya yang tak baik.
Ada lagi kawan melayu lain yang amat baik, jujur dan tidak mempergunakannya. Saya kenal Ismail yang kaya raya ini melalui seorang kawan Khairul namanya. Ismail amat mempercayai Khairul. Apabila Khairul perkenalkan saya pada Ismail, Ismail terus anggap saya sebagai kawan rapatnya juga.
Saya berkawan dengan Ismail dan melihat Ismail sebagai potensi menjadi pelanggan syarikat saya. Memang itulah yang terjadi, rezki saya murah apabila bukan saja ismail, malah habis semua kenalan jutawan lain menjadi pelanggan saya. Begitulah perhubungan saya dan Ismail berlarutan sehingga kini.
Cuma kini Khairul bukan lagi kawan Ismail, dia juga hilang lesap setelah meminjam sejumlah wang daripada Ismail. Kini bayangnya juga lesap, tidak pernah menghubungi atau menjawab panggilan dari ismail. Ini menjadikan Ismail terus menutup pintu hatinya pada orang melayu.
Itulah yang dia nasihat saya ketika saya berjumpa dengannya minggu lepas. "Kalau tak mahu hilang kawan, jangan sekali-sekali beri pinjam wang pada kawan", itulah motonya sekarang dan ianya khas untuk orang melayu.
Kini setiap kali saya jumpa dia dia lebih banyak mengutuk bangsa melayu dan memuji bangsa cina. Katanya Malaysia maju sebenarnya sebab bangsa cina yang rajin berusaha, kalau nak harapkan bangsa melayu tanpa ada bangsa cina yang bekerja senyap di belakang Malaysia tak akan ke mana. Itu dah jadi pegangannya.
Saya hanya diam tak dapat nak kata apa-apa. Memang bangsa saya suka berhutang tapi malas nak bayar hutang. Banyak hubungan persahabatan telah hancur akibat dari tabiat melayu yang buruk ini. Ini adalah kenyataan dan janganlah pulak kita nak nafikannya. Kenapa agaknya kita jadi begitu?
Kesimpulannya tentu anda dah dapat jawapan kepada tajuk diatas, bagaimana nak elak dari hilang kawan bangsa melayu - jangan bagi dia hutang. Kalau nak bagi juga bagilah sekadar boleh sebagai hadiah sahaja dan bukannya pinjaman. Wallahu'alam.
Nota; Semua nama di atas bukan nama sebenar.
sumber : Shubhi
Ulasan : aku fikir hal ni betul dan benar berlaku.. kerana aku pun dah kena.. haha.. mana la kekawan yang dah pinjam duit aku tapi hingga kini habuk pun tak de.. apa-apa pun sebagai seorang Islam kita kena ingat.. hutang akan dibawa sampai akhirat.. huhu..

No comments:
Post a Comment