Saturday, April 16, 2011

Masjid Selayaknya DIBAKAR..

Saya ada menampal satu ertikel yang menunjukkan peratusan mereka yang menentang pembinaan masjid di Perancis dan Jerman meningkat. Sila ke sini untuk artikel tersebut. Di Switzerland pula kerajaan telah mengharamkan pembinaan menara masjid.

Persepsi rakyat Eropah rata-ratanya berpandangan bahawa Islam adalah agama penakhluk. Apa kena-mengena agama penakhluk dengan larangan membina masjid?.


Rakyat Eropah melihat masjid adalah satu lambang penakhlukan yang sedang berlaku. Dengan terbinanya masjid satu demi satu di setiap pelusuk tanah air mereka, maka ia menandakan bahawa Islam sedang melakukan proses penakhlukan.

Adakah ini benar?. Apa yang boleh saya katakan, sebagai rakyat Malaysia, sangkaan rakyat Eropah adalah jauh meleset sama sekali. Cuba lihat jumlah masjid-masjid yang tersergam indah di seluruh pelusuk tanah air kita Malaysia. Di Putrajaya sahaja ada dua masjid yang kos pembinaannya menelan berjuta-juta ringgit. Sepanjang jalan kampung dari Johor ke Kelantan kita akan sentiasa jumpa masjid, itu tidak dikira dengan jumlah surau atau madrasah lagi.


Adakah itu semua menunjukkan Islam berada di atas sekali di Malaysia?, Adakah Islam berjaya menakhluk Malaysia?, adakah sistem pemerintahan Islam menguasai negara Malaysia?, adakah Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil? Adakah orang Islam menindas kaum bukan Islam di Malaysia? Adakah ekonomi orang islam berada di atas sekali di Malaysia?.

Semuanya jawapan kepada soalan di atas adalah "tidak".

Jika orang Eropah amat gerun dengan kehadiran Masjid yang semakin banyak di negara mereka, maka sudah tentu ada sesuatu yang hebat yang mereka lihat sedang berlaku dalam semua aktiviti anjuran Masjid di sana. Persoalannya kenapa Masjid yang banyak di Malaysia tidak dapat menimbulkan kehebatan umat Islam di Malaysia?.

Mungkin kerana banyak Masjid yang dibina setaraf dengan Masjid yang diperintah bakar oleh Rasullah. Mungkin kerana dari awal urusan pembinaan masjid ada berlaku aktiviti mengaut keuntungan atau aktiviti kejar projek yang membawa makna kurang keikhlasan dalam usaha pembinaan masjid. Masjid dibina atas dasar mahu ada projek, mahu tunjuk sumbangan, bukan atas dasar takwa.

Ada juga masjid yang mempunyai puak A dan puak B, aturcara keramaian Islam seperti sambutan Maal Hijrah, sambutan kurban dan sebagainya berlaku di dua tempat walaupun mereka satu kariah. Ini berlaku di TTDI Jaya, Shah Alam. Kerana apa? kerana perbezaan fahaman politik.

Adakah perbezaan politik penyebab perpecahan umat Islam? tidak juga, kerana berlaku juga perpecahan dan persengketaan di Masjid Puchong, mereka dari satu pahaman politik yang sama tapi masih tidak dapat bersepakat, saling syak mengesyaki.

Jika orang Eropah datang buat kajian sedikit di sini, mereka akan balik ke tempat mereka dan berkata kepada orang Islam di sana, "jika mahu amalkan Islam, ikutlah cara orang Islam Malaysia, mereka mengamalkan Islam yang benar, progressif, moderate, sederhana dan apa sajalah yang amat serasi dengan kehendak mereka. Yang pentingnya Islam yang diamalkan di Malaysia adalah Islam yang tidak dapat menjajah. Amalkan Islam seperti di Malaysia, selamatlah tanah air orang Eropah !

sumber : Shubhi

No comments:

Post a Comment